Posts

Showing posts from March, 2024

Perkarangan Masjid Nabawi ﷺ. Dapatkah ganjaran 1000 solat?

Adapun persoalan adakah Perkarangan Masjid Nabawiﷺ dengan Pagar dan Gerbangnya (misalnya no Gate 330, 331, 332 dan lainnya) di luar bangunan Masjid, dikira akan mendapatkan ganjaran 1x solat lebih baik daripada 1000 solat? Maka 'ulama berselisihan pendapat. Ada 'ulama menfatwakan dikira 1000 sebab kawasan itu berpagar dan ada pintu (Gerbang/Gate) boleh dibuka dan ditutup,  ditambah dengan Payung-Payung Gergasi yang telah berfungsi seperti "Bumbung" dan kawasan itu dikira "perluasan Masjid". Semuanya, Perkarangan Masjid sampai Pintu 330 dan Pintu-pintu lainnya, dikira bahagian daripada Masjid Nabawi dan dengan itu dinilai termasuk 1000 kali lebih baik daripada luar pagar dan muka bumi lainnya. Pendapat ini, yang difahami secara zahir daripada fatwa Syeikh Ibn Baaz rahimahullaah dan ramai 'ulama lain. Sebahagian 'ulama lainnya pula berpendapat, Bangunan Masjid sahaja (dengan pintu masuk King Fahd, no 17, 18, 19 dan lainnya) yang dinilai dengan 1000, ma