Badal Haji & Badal Umrah (perwakilan dalam perlaksanaan Ibadah Haji dan Umrah)
Jika seseorang itu mampu melaksanakan Haji atau Umrah dengan melakukannya sendiri, maka wajib ia tunaikannya. Adapun sekiranya ia tidak mampu melaksanakannya sendiri, maka ia dalam 2 keadaan: 1. Ketidakmampuannya ada harapan akan diatasinya, seperti sakit yang ada harapan sembuh, maka ia tundakannya ketika sakitnya sehingga ia sembuh atau bertambah baik untuk melaksanakannya sendiri. Seandainya kematian menjemputnya sebelum ia dapat menunaikannya sendiri, ia diwakili orang lain dengan pembiayaan ongkosnya diambil daripada harta peninggalannya atau harta warisnya dan ia tidak berdosa. 2. Ketidakmampuannya itu sifat dan keadaannya berterusan, seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu lemah kerana tua, tidak mampu melakukan perjalanan, maka ia wakilkan sahaja orang lain untuk melaksanakan haji dan ‘umrah bagi pihaknya, dengan membiayai segala ongkosnya. Kesimpulan ini diraih daripada penjelasan ‘ulama’ seperti Imam Ibn Qud...