Posts

Showing posts with the label Mekkah

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

Image
Hukum ‘Umrah daripada Masjid ‘A-isyah @ Tan‘iem, al-Ji’ranah, al-Hudaibiyah dan sempadan Tanah Haram lainnya (terjemahan daripada Majm u ‘ Fat a w a : Juz 26 hlm 248-263) Ringkasnya:   Amalan  Umrah berulang alik ini, tiada contohnya daeipada Nabi  صلى الله عليه و سلم. Nabi telah melakukan 4 kali Umrah dalam Islam seumur hidup baginda. Tahun 6 Hijrah: Umrah Hudaibiyah (DzulQaedah) dan Umrah ini tidak dapat disempurnakan, Rasulullah dan para Sahabat berIhram di Dzulhulaifah (miqat penduduk Madinah). Ketika sampai di Hudaibiyah Kuffar Quraisy tidak izinkan masuk. Kaum Muslimin pulang setelah bertahallul dengan menyembelih kambing dan unta (kongsi 7-10 orang) dan cukur rambut tanpa Tawaf dan Sa'ie. Tahun 7 Hijrah: Umrah Qadho'   (DzulQaedah) yang mana Nabi serta para Sahabat dibenarkan berada di Mekkah selama 3 hari. Sebaik sempurnakan 'Umrah, 3 hari Kaum Muslimin pulang ke Madinah Tahun 8 Hijrah: 'Umrah dari Ji'ranah Fathu Makkah (Ramadhan) selepa...

Tawaf tanpa bersuci atau ketika Uzur kerana darurat

Persoalan:  Apakah perbuatan Tawaf dalam keadaan haid mencanggahi ajaran Nabi (sollalLaahu 'alaihi wa sallam) atau Tawafnya tidak sah? Syaikhul Islam al-Imam Taqiyuddin al-Harrani (rahimahulLaah) (wafat 728H), seorang mahaguru kepada beberapa ulama pada zaman beliau, telah ditanya mengenai Tawaf bagi wanita haid, orang yang dalam keadaan junub dan berhadas (kecil), maka beliau menjawab (ringkasan):

Solat Berjemaah berimamkan para Imam 3 Masjid Utama ketika di ketiga-tiga Tanah Suci

Apabila seseorang musafir itu berada berdekatan dengan 3 Masjid utama umat Islam iaitu Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa, maka ia digalakkan dan semestinya melaksanakan Solat Fardu 5 waktunya di Masjid-masjid tersebut kerana keutamaannya.  [1]             Yang demikian berdasarkan hadis-hadis mengenai keutamaan ketiga-tiga masjid ini dan fa di lat (keutamaan) solat di dalamnya: Daripada Abie Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:  لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ    وَ مَسْجِدِ الْأَقْصَى     - “Tiada bersusah payah mengadakan perjalanan ibadah kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.”  [2] Daripada beliau  juga, bahawasanya Rasulullah telah bersabda:     صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَ...

Solat dalam Pesawat

Image
Bagaimana Solat di dalam pesawat Kata Imam al-Bukh a riy:  Al-Laits pula meriwayatkan (dengan sanadnya) bahawa ‘Abdullah ibn ‘Umar    juga melakukan solat di atas haiwan tunggangan beliau pada waktu malam ketika bermusafir dan beliau tidak ambil peduli mana hala yang dihadap haiwan tunggangan itu dan kata beliau: “Biasanya Rasulullah  melakukan solat sunnat di atas tungggangan  menghadap ke mana sahaja arah yang dihadap tunggangan baginda dan baginda melakukan Solat Witir di atasnya  tetapi baginda tidak melakukan solat Fardu di atas kenderaan .”  [1] Daripada Anas bin M a lik radhiyalLaahu 'anhu   katanya meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah sollalLaahu 'alayhi wa sallam  apabila bermusafir, biasanya ketika hendak melaksanakan solat sunnat, baginda menghadap ke arah kiblat dengan mengarahkan unta baginda ke arahnya, lalu bertakbir kemudian baginda lakukan solat secara berterusan tidak kira ke mana tunggangan itu menghadap.”...