Posts

Showing posts with the label Badal

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

Image
Hukum ‘Umrah daripada Masjid ‘A-isyah @ Tan‘iem, al-Ji’ranah, al-Hudaibiyah dan sempadan Tanah Haram lainnya (terjemahan daripada Majm u ‘ Fat a w a : Juz 26 hlm 248-263) Ringkasnya:   Amalan  Umrah berulang alik ini, tiada contohnya daeipada Nabi  صلى الله عليه و سلم. Nabi telah melakukan 4 kali Umrah dalam Islam seumur hidup baginda. Tahun 6 Hijrah: Umrah Hudaibiyah (DzulQaedah) dan Umrah ini tidak dapat disempurnakan, Rasulullah dan para Sahabat berIhram di Dzulhulaifah (miqat penduduk Madinah). Ketika sampai di Hudaibiyah Kuffar Quraisy tidak izinkan masuk. Kaum Muslimin pulang setelah bertahallul dengan menyembelih kambing dan unta (kongsi 7-10 orang) dan cukur rambut tanpa Tawaf dan Sa'ie. Tahun 7 Hijrah: Umrah Qadho'   (DzulQaedah) yang mana Nabi serta para Sahabat dibenarkan berada di Mekkah selama 3 hari. Sebaik sempurnakan 'Umrah, 3 hari Kaum Muslimin pulang ke Madinah Tahun 8 Hijrah: 'Umrah dari Ji'ranah Fathu Makkah (Ramadhan) selepa...

Badal Haji & Badal Umrah (perwakilan dalam perlaksanaan Ibadah Haji dan Umrah)

Jika seseorang itu mampu melaksanakan Haji atau Umrah dengan melakukannya sendiri, maka wajib ia tunaikannya. Adapun sekiranya ia tidak mampu melaksanakannya sendiri, maka ia dalam 2 keadaan: 1.       Ketidakmampuannya ada harapan akan diatasinya, seperti sakit yang ada harapan sembuh, maka ia tundakannya ketika sakitnya sehingga ia sembuh atau bertambah baik untuk melaksanakannya sendiri. Seandainya kematian menjemputnya sebelum ia dapat menunaikannya sendiri, ia diwakili orang lain dengan pembiayaan ongkosnya diambil daripada harta peninggalannya atau harta warisnya dan ia tidak berdosa. 2.     Ketidakmampuannya itu sifat dan keadaannya berterusan, seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu lemah kerana tua, tidak mampu melakukan perjalanan, maka ia wakilkan sahaja orang lain untuk melaksanakan haji dan ‘umrah bagi pihaknya, dengan membiayai segala ongkosnya. Kesimpulan ini diraih daripada penjelasan ‘ulama’ seperti Imam Ibn Qud...