Posts

Showing posts with the label Madinah

07. Doa ketika masuk ke masjid; Masjid Nabawi, Masjidil Haram, MasjilAqsa dan lainnya

Image
Dengan langkah kanan memasuki bangunan Masjid, bacalah: بِـسْـمِ اللهِ ، وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى رَسُـوْلِ اللهِ ،  اَللَّـهُمَّ افْـتَـحْ لِـيْ أَبـْوَابَ رَحْمَـتِكَ maksudnya:  “Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, bukakanlah bagi ku pintu-pintu rahmat Mu.”   [1] Perhatian :  sebaik sahaja memasuki Masjid Aqsa atau Masjid an-Nabawi, lakukanlah 2 rakaat solat Tahiyatul Masjid (MasjidilHaram ada penjelasan lanjutan).  Adapun untuk Masjid Nabawi, sebaik-baiknya di ar-Raudhah [terletak di antara kubur Nabi sollallaahu 'alayhi wa sallam (asalnya kedudukan rumah Rasulullah bersama isteri baginda, 'Aisyah) dengan Mimbar Nabi  sollallaahu 'alayhi wa  sallam . Berkenaan ar-Raudhah ini, baginda pernah menjelaskan kelebihannya (maksudnya):  Di antara rumah ku dan mimbar ku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga  [2] [1]    Riwayat Musli...

Meninggalkan Kota Madinah dengan Mengingati Hak-hak Rasulullah dan "oleh-oleh" sebenar

 Sambungan daripada "P. Ketika Meninggalkan Kota Madinah..." Maka yang lebih penting, ketika meninggalkan Kota Madinah, setelah membaca Doa Safar untuk berangkat pulang, dengan Harapan dan permohonan sungguh-sungguh agar Allah mengurniakan kita kesempatan lagi berulang kali untuk dapat Menziarahi Masjid Nabawi dan beribadah di dalamnya. Penuh keinsafan yang kita telah dikurniakan peluang menziarahi Masjid Nabawi dan Tanah Haram Madinah serta Kubur Nabi dan para Sahabat, Masjid Quba’, Perkuburan Syuhada Uhud dan al-Baqee‘, sedangkan ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak dikurniakan dengan peluang yang sama. Beristighfaar – banyak memohon Ampunan Allah atas dosa-dosa kita selama berada di Tanah Haram Madinah khususnya jika ada tersilap melakukan bid‘ah dan menyakiti saudara Islam. حدثنا قتيبة بن سعيد ، ‏‏‏‏‏‏حدثنا جرير ، ‏‏‏‏‏‏عن الأعمش ، ‏‏‏‏‏‏عن إبراهيم التيمي ، ‏‏‏‏‏‏عن أبيه ، ‏‏‏‏‏‏قال:‏‏‏‏ قال علي رضي الله عنه:‏‏‏‏ ما...

Ketika Meninggalkan Kota Suci Madinah - Tiada "Ziarah Wada'" dan Tiada sampaikan "Kirim Salam Nabi"

  بسم الله ، والحمد لله و الصلاة و السلام على من لا نبي بعده ، و على آله و صحبه و من تبع هداه أما بعد، Para pembaca budiman sekalian, setelah beberapa hari kita berada di bumi suci Tanah Haram Kota Madinah, ketika kita hendak berangkat meninggalkan Kota Madinah untuk pulang atau ke Mekkah ataupun ke tempat lain, usahlah kita melakukan perkara yang melanggar larangan Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam . Malangnya, ini dilakukan oleh ramai orang dengan sangkaan mereka bahawa itu suatu kebaikan atau Adab, iaitu dengan melakukan apa yang distilahkan dengan “Ziarah Wada‘”. Malah ada yang melakukan qiyas yang batil demi menyokong perbuatannya yang silap ini dengan kesimpulan “Jika sewaktu meninggalkan Kota Mekkah kita melakukan Tawaf Wada‘, maka ketika meninggalkan Kota Madinah kita melakukan “Ziarah Wada‘”. “Ziarah Wada‘ yang mereka maksudkan ialah menziarahi Kubur Nabi untuk Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam di samping menyampaikan salam setia...

Solat Berjemaah berimamkan para Imam 3 Masjid Utama ketika di ketiga-tiga Tanah Suci

Apabila seseorang musafir itu berada berdekatan dengan 3 Masjid utama umat Islam iaitu Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa, maka ia digalakkan dan semestinya melaksanakan Solat Fardu 5 waktunya di Masjid-masjid tersebut kerana keutamaannya.  [1]             Yang demikian berdasarkan hadis-hadis mengenai keutamaan ketiga-tiga masjid ini dan fa di lat (keutamaan) solat di dalamnya: Daripada Abie Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:  لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ    وَ مَسْجِدِ الْأَقْصَى     - “Tiada bersusah payah mengadakan perjalanan ibadah kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.”  [2] Daripada beliau  juga, bahawasanya Rasulullah telah bersabda:     صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَ...