Posts

Showing posts with the label Mahram

Bolehkah "Tumpang Mahram"

Di antara perkara atau isu yang sering ditanyakan oleh para jemaah Umrah adalah istilah dan hukum " tumpang mahram " atau " pinjam mahram " ketika perlaksanaan Umrah. Dimaksudkan dengan "tumpang mahram" adalah keadaan seorang wanita, yang telah dan dapat memenuhi syarat-syarat bermusafir tanpa mahram, namun wanita ini perlu didampingkan dalam kumpulan wanita-wanita yang ada mahram bersama mereka, untuk ia bermusafir melaksanakan Umrah.  Misalnya, Fatimah, seorang yang asalnya bukan Islam, berusia 60 tahun dan baru 6 bulan kematian suami dan kini tinggal hidup sebatang kara. Sebelum kematian suaminya, mereka berdua merancang untuk menunaikan Umrah dan telah pun membuat pendaftaran dan telah pula melangsaikan segala pembayaran pakej Umrah. Beliau bertekad untuk meneruskan rancangan ke Umrah walaupun suaminya telah tiada. Dengan segala bukti surat menyurat dan keadaan beliau yang memenuhi syarat, pihak Saudi meluluskan permohonan v...

Syarat-syarat yang menjadikan Haji dan ‘Umrah Wajib ke atas seseorang muslim/muslimah

Syarat-syarat yang menjadikan Haji dan ‘Umrah Wajib ke atas seseorang muslim/muslimah: 1.1         Beragama Islam: Firman Allah sub ha nahu wa ta' ala : Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haram. [1] Terdapat beberapa dalil lain, antaranya ayat-ayat yang menjelaskan bahawa amalan akan gugur sia-sia tidak diterima, dengan adanya syirik [2] . 1.2         ‘Aqil – berakal Justeru itu, orang yang tidak berakal, misalnya, orang yang tidak siuman atau gila, mahupun yang kurang cerdas (pada tahap yang tidak memahami tuntutan), tidak berkewajipan melaksanakan Haji atau ‘Umrah. Sabda Nabi  s ollalL a hu 'alaihi wa  sallam :    "رفع القلم عن ثلاثة ؛ عن المجنون المغلوب على عقله حتى يفيق، و عن النائم حتى يستيقظ ، و عن الصبي حتى يحتلم" Ertinya: Diangkat catatan (pahala dan dosa) daripada 3 golongan; orang gil...