Posts

Showing posts with the label Tawaf

Batalkah Wudhu' apabila bersentuhan antara lelaki dan wanita?

بسم الله ، الحمد لله رب العالمين و به نستعين على أمور الدنيا و الدين  ،و الصلاة و السلام على النبي الأمين المبعوث رحمة للعالمين أما بعد  Perkara ini seringkali menjadi perkara yang dirunsingkan oleh sebahagian jemaah Haji dan Umrah ketika jemaah berhasrat melakukan Tawaf dengan kepelbagaian jenis Tawaf, sama ada Tawaf Qudum, atau Tawaf 'Umrah, Tawaf Haji (Ifaadhah), Tawaf Wada' malah Tawaf Sunat sekalipun. Sebenarnya, perkara ini hanya dirunsingkan oleh segolongan umat Islam yang dengan dakwaan dan pegangan mereka, bermazhab Syafi'ie (dan jika masih ada, pengikut Mazhab az-Zohiriyyah kerana di sisi Imam Ibn Hazm rahimahullah, sentuhan kulit dengan kulit tanpa lapik membatalkan tanpa mengambil kira sama ada disertai syahwat atau tidak - sila rujuk al-Muhallaa Bab Pembatal Wudhu'). Adapun umumnya 'ulama dan pengikut 3 Mazhab yang lain, Hanafi (al-Hanafiyyah), Maliki (al-Maalikiyyah), Hambali (al-Hanaabilah) dan lainnya (antaranya ahli-ahli Hadis) dengan kata lain, di ...

Tawaf tanpa bersuci atau ketika Uzur kerana darurat

Persoalan:  Apakah perbuatan Tawaf dalam keadaan haid mencanggahi ajaran Nabi (sollalLaahu 'alaihi wa sallam) atau Tawafnya tidak sah? Syaikhul Islam al-Imam Taqiyuddin al-Harrani (rahimahulLaah) (wafat 728H), seorang mahaguru kepada beberapa ulama pada zaman beliau, telah ditanya mengenai Tawaf bagi wanita haid, orang yang dalam keadaan junub dan berhadas (kecil), maka beliau menjawab (ringkasan):

22. Solat 2 Rakaat Selepas Tawaf

Image
[1] Setelah selesai 7 pusingan, segera menuju ke Maqam Ibrahim untuk mendirikan 2 raka‘at Solat selepas Tawaf di belakangnya sambil membaca: <   وَ اتَّخِذُواْ مِنْ مَّقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلًّى  >        maksudnya:  “Dan ambillah Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.” Bacalah pada rakaat pertama setelah al-F a ti h ah, surah al-K a fir u n   “ قل يا أيها الكافرون ”  dan  pada rakaat kedua pula al-Ikhl as   “ قل هو الله أحد ”.

21. Tawaf (tatacara perlaksanaannya)

Image
Langsung menuju ke Hajar Aswad untuk  mengucupnya  dan memulakan Tawaf. Sekiranya keadaan sesak, tidak mengizinkan kita untuk mengucupnya kecuali dengan menyakiti atau mengganggu jemaah yang lain, maka cukup dengan  mengusapnya dengan tangan kanan, lalu mengucup tangan  tersebut. Jika  tidak dapat mengusap , cukup dengan  membuat isyarat dengan tangan kanan sahaja  seperti bertakbir waktu solat dengan  menghadap ke arah Hajar Aswad  dan Kaabah, sambil berniat tawaf umrah dan  mengucapkan: <    بِسْمِ اللهِ، اَللهُ أَكْبَرُ  >        maksudnya:  “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar.” [1]