Niat - Tempatnya di Hati bukan Lidah - Tidak Wajib Melafazkan Niat
Penjelasan al-Imam an-Nawawi, berikut ini, diharapkan dapat memberi pencerahan yang sejelasnya kepada perkara yang sering dijadikan bahan perbalahan oleh sebahagian pihak malah cukup untuk meyakinkan setiap pihak yang menjadikan permasalahan “lafaz niat” ini sebagai satu masalah besar. Nukilan berikut ini daripada kata-kata al-Imam asy-Syirazie: Kata pengarang (Imam asy-Syier a zi (rahimahulLaah) 393-476 H ): “Kemudian ia berniat dan niat itu adalah salah satu perkara yang fardu dalam solat kerana sabda baginda (sollalLaahu 'alaihi wa sallam) : Sesungguhnya amalan-amalan itu akan jadi sah dengan niat-niatnya dan bagi setiap diri apa yang diniatkannya , tambahan pula ia adalah satu bentuk mendekatkan diri (ibadat) yang khusus maka tidak sah tanpa niat, seperti halnya Puasa. Niat itu tempatnya di hati , jika ia berniat dengan hatinya tanpa (melafazkannya) dengan lisannya, cukup dikira sah . Di antara pendokong Madzhab kami (asy-Sy a fi‘iyah), ada yan...