Posts

Showing posts with the label Adab-Adab Musafir

Meninggalkan Kota Madinah dengan Mengingati Hak-hak Rasulullah dan "oleh-oleh" sebenar

 Sambungan daripada "P. Ketika Meninggalkan Kota Madinah..." Maka yang lebih penting, ketika meninggalkan Kota Madinah, setelah membaca Doa Safar untuk berangkat pulang, dengan Harapan dan permohonan sungguh-sungguh agar Allah mengurniakan kita kesempatan lagi berulang kali untuk dapat Menziarahi Masjid Nabawi dan beribadah di dalamnya. Penuh keinsafan yang kita telah dikurniakan peluang menziarahi Masjid Nabawi dan Tanah Haram Madinah serta Kubur Nabi dan para Sahabat, Masjid Quba’, Perkuburan Syuhada Uhud dan al-Baqee‘, sedangkan ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak dikurniakan dengan peluang yang sama. Beristighfaar – banyak memohon Ampunan Allah atas dosa-dosa kita selama berada di Tanah Haram Madinah khususnya jika ada tersilap melakukan bid‘ah dan menyakiti saudara Islam. حدثنا قتيبة بن سعيد ، ‏‏‏‏‏‏حدثنا جرير ، ‏‏‏‏‏‏عن الأعمش ، ‏‏‏‏‏‏عن إبراهيم التيمي ، ‏‏‏‏‏‏عن أبيه ، ‏‏‏‏‏‏قال:‏‏‏‏ قال علي رضي الله عنه:‏‏‏‏ ما...

Haji dan Umrah bagi wanita Ihdaad (yang dalam 'Iddah Berkabung akibat kematian suami)

Kata Imam Ibn Qudamah 1 : 1365 – Permasalahan: Sekiranya wanita itu (yang kematian suami) itu telah pun bermusafir dalam perjalanannya menunaikan Haji, pada ketika itu ia kematian suaminya, sedang ia masih berada dekat (dengan tempat tinggalnya) hendaklah ia pulang ke rumahnya (membatalkan hajinya) untuk melaksanakan tuntutan ‘Iddah (dan berkabung). Adapun jika ia telah berada jauh daripada tempat tinggalnya, ia terpaksa meneruskan perjalanannya dan jika sekembalinya daripada Haji, masih ada lagi baki tempoh ‘Iddah, maka semestinya ia duduk tetap di rumahnya, melaksanakan tuntutan ‘iddahnya. Kesimpulannya, seorang wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah kematian suami, tidak diperbolehkan untuk keluar menunaikan Ibadah Haji dan tidak pula diharuskan ke tempat lain. Demikian yang diriwayatkan daripada (para Sahabat) ‘Umar dan ‘Utsman. Begitu juga pendapat (para Tabi‘ien – Imam-imam) Sa‘ied bin al-Musaiyib, al-Qasim 2 , (dan daripada atba‘ at-Tabi‘ien – Imam-imam) Malik, asy...

Adab-adab Musafir; (2) Niat Murni (3) Bekalan ilmu (4) Bertaubat (5) Restu Ibu bapa (6) Biaya Halal

Image
2.          Menghadirkan niat yang murni, baik dan ikhlas Ketikamana seseorang yang bakal bermusafir, bersiap untuk keluar rumah, hendaknya ia menghadirkan niat yang baik dan ikhlas di dalam hatinya terhadap matlamat perjalanannya. Apatah lagi pemergiannya adalah untuk melaksanakan Ibadah Haji atau ‘Umrah, ataupun ziarah Baitul Maqdis yang perlu kepada niat yang ikhlas, semata-mata kerana Allah ia bermusafir. Ia mesti mengelakkan daripada segala bibit “riy a ’”, “sum‘ah” dan rasa bangga diri agar amalannya dan seluruh perjalanannya bermusafir tidak menjadi amalan sia-sia. Firman Allah: Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian itu, aku diperintahkan, dan aku (berusaha menjadi di antara) orang yang pertama berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya". [10] E rt...

Adab-adab Musafir (1) - Solat Istikhaarah

Seorang hamba yang ingin mendapatkan Rahmat Allah dan didampingi Kasih Sayang dan KeredhaanNya, sentiasa akan memohon kepada Allah yang Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Penentu segala sesuatu. Apatah lagi ketikamana ia ingin mendapatkan Rahmat Allah dan AmpunanNya dengan mengerjakan Ibadat yang disukai Allah, ‘Umrah dan Haji. Lagipun, ia akan bermusafir untuk tujuan itu dan perlu membuat beberapa pilihan seperti tarikh dan perjalanannya bermusafir, teman seperjalanan, pihak pengurusan (agensi Haji/'Umrah) dan lainnya. Lumrahnya seseorang itu akan memilih yang termurah, paling selesa, khidmat yang cekap dan seumpamanya. Selayaknya ia memilih yang menghalakannya kepada ketaqwaan, membimbingnya dengan panduan Allah dan RasulNya, menuntunnya ke arah perlaksanaan Haji dan ‘Umrah yang sesempurnanya demi meraih Rahmat dan Ampunan Allah.  Adapun dakwaan pihak sekian dan sekian "khidmatnya serba-serbi 5 bintang", adakalanya hanya tinggal "bintang yang bertaburan" ketik...