Amalan-amalan ketika Umrah Ramadhan (Persoalan Terawih berapa Rakaat)
بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله و بعد Alhamdulillah. Selayaknya, seseorang hamba yang telah dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya pada bulan Ramadhan, bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tertinggi sebab ia merupakan kurniaan Allah yang amat besar dan hebat kepada dirinya. Betapa tidak, dengan melakukan Umrah pada bulan Ramadhan, tidak kira pada awal, pertengahan atau akhirnya, seseorang itu mendapatkan ganjaran dan kelebihan seumpama menunaikan Haji bersama, beriringan, dan satu rombongan dengan Rasulullah sollalLaahu 'alaihi wa sallam. "و أنها تعدل حجة معي" ertinya: "dan sungguh ia (yakni Umrah dalam bulan Ramadhan) menyamai perlaksanaan Haji bersama ku" [Sahih Sunan Abi Dawud no: 1990] dan dengan lafaz "فإن عمرة في رمضان تقضي حجة أو حجة معي" ertinya "Kerana satu Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji atau haji bersama ku" [Sahih al-Bukhariy no: 1863 dan Sahih Muslim no: 1256] Setelah selesai perlaksan...