Posts

Showing posts with the label Ihram

Berihram di Miqat yang ditetapkan Nabi.

Bismillaah walhamdulillah was solaatu was salam 'alaa Rasuulillaah wa 'alaa ahlihi wa sohbihi wa man waalaah, wa ba'd Soalan:  Bolehkah seseorang jemaah Umrah atau Haji yang menziarahi kota Madinah dahulu sebelum ke Mekkah, menuju ke Mekkah tanpa Ihram dan bermiqat kerana bermaksud memasuki kota Mekkah dan berehat di hotel 1 hari terlebih dahulu, kemudian apabila hendak tunaikan Umrahnya, ia pergi ke Ji'ranah atau Tan'eem untuk Berihram di salah satu miqat tersebut? Jawapannya: 1. Setiap muslim yang melalui miqat, dan berniat menunaikan Umrah, wajib berihram. Berdosa jika tidak berihram dan dikenakan dam malah Umrah nya dikhuatiri tertolak tidak diterima Allah. Dalam contoh yang diberikan, seorang jemaah yang menuju ke Mekkah dari Madinah, dituntut dengan hukum.WAJIB memulakan Ihramnya di Miqat penduduk Madinah iaitu DzulHulaifah (Bir Ali/Abyar Ali) ataupun perbatasan Zonnya atau sejajar dengannya, jika tidak bersinggah atau melintasi Miqat DzulHulaifah secara zat, ...

Umrah Ketika Wabak (Covid19)_persoalan Ihram

Image
  بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله  و بعد Banyak yang ditanyakan berkenaan perlaksanaan Umrah ketika masih adanya penularan Wabak Covid19, jika Kerajaan Arab Saudi telah mula mengizinkan dan menerima kedatangan para jemaah dari luar negara dengan pihak Saudi mengenakan berbagai-bagai syarat dan peraturan serta langkah pencegahan penularan dan jangkitan penyakit Covid ke atas para jemaah. Antaranya, had umur tertentu, mesti menjalani ujian kesihatan dan ujian saringan bebas Covid, perjalanan manasik dari awal permohonan Visa Umrah sebelum berangkat hingga kembali semula ke tanah air dengan setiap langkah diatur menurut ketetapan App yang disediakan pihak Saudi dan sebagainya. Segalanya itu ditetapkan demi menjamin kemaslahatan yang pelbagai, antaranya ibadah Umrah masih dapat terus dihidupkan sebagai Syiar Islam dan dilaksanakan, memelihara nyawa dan kesihatan kaum muslimin khususnya para jemaah Umrah, memberi peluang meski terbatas, kepada kaum muslimin dar...

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.

Wanita yang berada di dalam keadaan hai d /nifas wajib menjatuhkan niat menurut ajaran yang tepat menurut as-Sunnah, berbeza dengan yang disimpulkan oleh sebahagian orang yang mungkin tidak mengetahui apa yang telah dijelaskan di dalam as-Sunnah dan ajaran para Imam antaranya Imam  asy-Sy a fi‘ie rahimahullaah. Berikut ini penjelasannya: Pertama : Tiada kaitan di antara keadaan hai d /nifas dengan hukum menjatuhkan niat. Bermakna, wanita hai d dan nifas tetap menjatuhkan niat sepertimana jemaah lainnya sebaik ia tiba di miqat. Ini berdasarkan perintah baginda  s ollalL a hu 'alayhi wa sallam   yang bermaksud umum: (maksudnya) “Miqat-miqat tersebut adalah untuk ahli-ahlinya (para penduduk kota-kota tersebut) dan bagi setiap yang mendatanginya/melaluinya (miqat-miqat tersebut) daripada mereka yang bukan daripada ahlinya (para penduduk kota-kota tersebut), bagi setiap yang bermaksud melaksanakan umrah dan haji ” [1] Nabi  s ollalL a hu 'alayhi wa sal...

15. (i) Niat untuk Anak Kecil

Anak kecil   belum mumaiyiz   (belum dapat memahami hukum – apa yang dibolehkan dan apa yang terlarang, misalnya bayi) maka warisnya (ibu bapa atau penjaga/pembelanya) yang menjatuhkan niat untuknya (yakni di dalam hati ia niatkan, anak itu telah diIhramkan dan mulai melaksanakan Umrahnya). Namun, di dalam perkara pantang larang, anak itu diberi keringanan, sesuai dengan pendapat ulama yang terpilih, kerana mengenakan pantang larang ke atas diri anak kecil demikian adalah sesuatu yang di luar kemampuan warisnya utk memeliharanya.   Berbeza dengan anak kecil yang  mumaiyiz,  maka warisnya mengajarnya mengikut ucapan yang diucapkan dalam tajuk "no: 13". Kemudian sayugianya warisnya memahamkan anak itu apa yang perlu dielakkannya sebagai memelihara pantang larang semasa berihram. Sekiranya anak itu ada melanggar pantang larang, maka menurut sebahagian ulama, warisnya dikenakan dendanya sebagaimana warisnya juga mendapat pahala perlaksanaan umrah/haji anak keci...

14. Perkara-perkara yang Terlarang ketika dalam Ihram

Perhatian : Dengan niat itu, bermulalah seseorang itu berada di dalam keadaan "pantang-larang" ihram. Perkara-perkara larangan tersebut adalah berikut: [1]

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

Sewaktu akan berangkat untuk ke Mekkah, memulakan amalan Umrah lakukanlah yang berikut: i.       memotong kuku kedua kaki dan kuku kedua tangan. ii.   mencukur bulu pada bahagian yang disunatkan kita mencukurnya iaitu bulu ketiak dan yang di bawah pusat. iii.    Mandi sunnat ihram dengan niatnya (sebelum mengenakan pakaian ihram).  Hadis:      أن النبي صلى الله عليه و سلم تجرد لإهلاله و اغتسل   Bahawasanya Nabi sollallahu 'alayhi wa sallam   menanggalkan pakaian untuk mula berihram lalu baginda pun mandi . [1] iv.    mengenakan wangian pada badan sahaja (usah kenakan pada pakaian ihram) [2] v.     memakai pakaian ihram; a)        lelaki :  2 helai kain putih yang  tidak berjahit, tidak bersarong dan tidak pula bercantum 2 hujungnya. Hanya itu sahaja yang boleh dipakainya. Antara yang tidak boleh dipakainya ialah ‘pakaian dalam’. b) ...

13. Berihram untuk Umrah - Niat Memulakan keadaan Ihram, selaku Tetamu Allah

Image
Apabila telah menaiki semula kenderaan selepas persinggahan di Miqat Dzil Hulaifah, ketika kenderaan mula bergerak meninggalkan Masjid Miqat (dengan  Niat di hati , berihram untuk melaksanakan 'Umrah), ucapkanlah pengisytiharaan memulakan Ihram untuk melaksanakan umrah (bukan melafazkan niat) sebagai berikut: لَـبَّـيْكَ اللَّـهُمَّ عُمْـرَةً maksudnya:  “Aku menyahut seruan Mu Ya Allah, dengan melakukan  ibadah umrah.” (Kata Ibn ‘Umar meriwayatkan:  Tiadalah Rasulullah    memulakan keadaan berihram kecuali daripada sebatang pokok iaitu ketika unta baginda hendak mula bergerak (meninggalkan Miqat).  [1]  [Ada juga riwayat lain yang sahih yang menyebutkan:  لَـبَّـيْكَ عُمْـرَةً اللَّـهُمَّ   namun dipilih lafaz di atas kerana ia mirip lafaz permulaan Talbiah agar mudah diingati para jemaah]  Ada riwayat lain menyebutkan niat Umrah atau Haji, bagi penduduk Madinah dan mereka yang melalui Miqat Dzulhulaifa...