Posts

Showing posts with the label Talbiah

18. Ketika menuju ke Masjidil Haram

Ketika menuju ke Masjidil Haram pastikan yang berikut: i.        Berwu d u’ dan bersih pakaian ii.    Lencana/pas pengenalan diri pengganti paspot, ada pada pakaian ihram. (boleh gunakan safety-pin) iii.    Mengenalpasti nama hotel, daripada mana arah mendatangi Masjidil Haram dan tempat yang dapat dijadikan panduan untuk pulang dan tidak tersasar.     Oleh kerana jemaah akan melaksanakan Tawaf kemudian melakukan Sa'ie, maka pintu masuk dan pintu keluar berbeza . Dinasihatkan agar para jemaah membawa bersama beg kasut/selipar bertali yang dapat mereka sandang di bahu supaya tangan mereka bebas tidak perlu sentiasa memegang beg itu ketika berdoa, melaksanakan Tawaf dan sebagainya.  (Kebiasaannya para jemaah akan keluar dari pintu sebelah kanan Bukit Marwah setelah selesai Sa'ie untuk bercukur dan pulang ke hotel)     iv.      Teruskan bacaan Talbiah (sehingga kelihatan Ka'abah...

16. Dalam Perjalanan ke Mekkah

Perhatian :  Sewaktu di dalam perjalanan ke Mekkah, sebagai musafir, lakukanlah solat far d u secara jama‘ dan qa s ar bersama jamaah musafir yang lain, jika perlu. Namun, bagi mereka yang akan ke Masjidil Haram, adalah lebih utama mentakkhirkan (menangguhkan) solat sehingga sampai di Masjidil Haram (100,000 kali lebih utama daripada masjid lainnya, malah ada pendapat menyatakan keutamaan tersebut tidak terbatas pada Masjidil Haram bahkan keseluruhan Tanah Haram) selama tidak terlewat Solat daripada waktu pilihan, apatah lagi terlepas Solat pada waktunya, misalnya Solat Isyak selepas tengah malam. Kemungkinan juga dianjurkan supaya solat di bilik masing-masing setibanya di Mekkah memandangkan keadaan kesulitan dan kesempitan yang memberatkan para jemaah. 

Talbiah

Bertalbiah selepas niat adalah sunnah Nabi (sollalLaahu 'alaihi wa sallam), begitu pula setiap kali memulakan perjalanan semula selepas berhenti di sebuah tempat persinggahan, yakni selama masih belum sampai di sisi Kaabah dan lafaznya ialah: لَـبَّـيْكَ اللَّـهُمَّ لَـبَّـيْكَ ، لَـبَّـيْكَ لاَ شَـرِيْـكَ لَـكَ لَـبَّـيْكَ ، إِنَّ الْحَـمْـدَ وَ النِّـعْـمَـةَ لَـكَ وَ الْمُـلْـكَ، لاَ شَـرِيْـكَ لـَكَ  maksudnya: “ Aku menyahut seruanMu Ya Allah, aku menyahut seruanMu, tiada sekutu bagi Mu, aku menyahut seruanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik Mu. Tiada sekutu bagi Mu .” [1] [1]  Riwayat al-Bukh a riy: 3/408 dan Muslim: 2/841