Posts

Showing posts with the label hukum haji

Haji dan Umrah bagi wanita Ihdaad (yang dalam 'Iddah Berkabung akibat kematian suami)

Kata Imam Ibn Qudamah 1 : 1365 – Permasalahan: Sekiranya wanita itu (yang kematian suami) itu telah pun bermusafir dalam perjalanannya menunaikan Haji, pada ketika itu ia kematian suaminya, sedang ia masih berada dekat (dengan tempat tinggalnya) hendaklah ia pulang ke rumahnya (membatalkan hajinya) untuk melaksanakan tuntutan ‘Iddah (dan berkabung). Adapun jika ia telah berada jauh daripada tempat tinggalnya, ia terpaksa meneruskan perjalanannya dan jika sekembalinya daripada Haji, masih ada lagi baki tempoh ‘Iddah, maka semestinya ia duduk tetap di rumahnya, melaksanakan tuntutan ‘iddahnya. Kesimpulannya, seorang wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah kematian suami, tidak diperbolehkan untuk keluar menunaikan Ibadah Haji dan tidak pula diharuskan ke tempat lain. Demikian yang diriwayatkan daripada (para Sahabat) ‘Umar dan ‘Utsman. Begitu juga pendapat (para Tabi‘ien – Imam-imam) Sa‘ied bin al-Musaiyib, al-Qasim 2 , (dan daripada atba‘ at-Tabi‘ien – Imam-imam) Malik, asy...

Umrah Ketika Wabak (Covid19)_persoalan Ihram

Image
  بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله  و بعد Banyak yang ditanyakan berkenaan perlaksanaan Umrah ketika masih adanya penularan Wabak Covid19, jika Kerajaan Arab Saudi telah mula mengizinkan dan menerima kedatangan para jemaah dari luar negara dengan pihak Saudi mengenakan berbagai-bagai syarat dan peraturan serta langkah pencegahan penularan dan jangkitan penyakit Covid ke atas para jemaah. Antaranya, had umur tertentu, mesti menjalani ujian kesihatan dan ujian saringan bebas Covid, perjalanan manasik dari awal permohonan Visa Umrah sebelum berangkat hingga kembali semula ke tanah air dengan setiap langkah diatur menurut ketetapan App yang disediakan pihak Saudi dan sebagainya. Segalanya itu ditetapkan demi menjamin kemaslahatan yang pelbagai, antaranya ibadah Umrah masih dapat terus dihidupkan sebagai Syiar Islam dan dilaksanakan, memelihara nyawa dan kesihatan kaum muslimin khususnya para jemaah Umrah, memberi peluang meski terbatas, kepada kaum muslimin dar...

Tawaf tanpa bersuci atau ketika Uzur kerana darurat

Persoalan:  Apakah perbuatan Tawaf dalam keadaan haid mencanggahi ajaran Nabi (sollalLaahu 'alaihi wa sallam) atau Tawafnya tidak sah? Syaikhul Islam al-Imam Taqiyuddin al-Harrani (rahimahulLaah) (wafat 728H), seorang mahaguru kepada beberapa ulama pada zaman beliau, telah ditanya mengenai Tawaf bagi wanita haid, orang yang dalam keadaan junub dan berhadas (kecil), maka beliau menjawab (ringkasan):

Hukum perlaksanaan Haji dan ‘Umrah

Pembaca yang budiman, semoga Allah mengurniakan petunjuk kepada anda, lumrahnya, orang yang akan mengadakan perjalanan bermusafir, akan mengadakan persiapan dan bekalan yang perlu, malah secukupnya dan sesempurnanya. Sebagai seorang muslim yang inginkan perjalanannya dirahmati Allah, ia akan berusaha mengadakan bekalan dan persiapan yang sesuai dengan tuntutan agama yang sempurna ini, yang telah ditentukan oleh yang Maha Sempurna. Di antara bekalan untuk perlaksanaan Haji dan ‘Umrah yang terbaik, tentunya adalah ilmu. Kata al-Imam al-Bukh a riy [1] di dalam S a hih al-Bukhariy: “ al-‘Ilm qabla al-Qaul wa al-‘Amal ” Ertinya: “ Berilmu sebelum berkata dan beramal ” [2] Ilmu mengenai hukum melaksanakan ibadah Haji dan ‘Umrah, syarat-syaratnya, kelebihannya, dan tatacara serta perjalanannya daripada sejak ia keluar rumah sehingga pulang ke tanah airnya. 1.1    Hukum perlaksanaan Haji dan ‘Umrah a.       Haji: Perlaksanaan Haji merupak...