Posts

Showing posts with the label Zikir & Doa

07. Doa ketika masuk ke masjid; Masjid Nabawi, Masjidil Haram, MasjilAqsa dan lainnya

Image
Dengan langkah kanan memasuki bangunan Masjid, bacalah: بِـسْـمِ اللهِ ، وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى رَسُـوْلِ اللهِ ،  اَللَّـهُمَّ افْـتَـحْ لِـيْ أَبـْوَابَ رَحْمَـتِكَ maksudnya:  “Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, bukakanlah bagi ku pintu-pintu rahmat Mu.”   [1] Perhatian :  sebaik sahaja memasuki Masjid Aqsa atau Masjid an-Nabawi, lakukanlah 2 rakaat solat Tahiyatul Masjid (MasjidilHaram ada penjelasan lanjutan).  Adapun untuk Masjid Nabawi, sebaik-baiknya di ar-Raudhah [terletak di antara kubur Nabi sollallaahu 'alayhi wa sallam (asalnya kedudukan rumah Rasulullah bersama isteri baginda, 'Aisyah) dengan Mimbar Nabi  sollallaahu 'alayhi wa  sallam . Berkenaan ar-Raudhah ini, baginda pernah menjelaskan kelebihannya (maksudnya):  Di antara rumah ku dan mimbar ku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga  [2] [1]    Riwayat Musli...

Meninggalkan Kota Madinah dengan Mengingati Hak-hak Rasulullah dan "oleh-oleh" sebenar

 Sambungan daripada "P. Ketika Meninggalkan Kota Madinah..." Maka yang lebih penting, ketika meninggalkan Kota Madinah, setelah membaca Doa Safar untuk berangkat pulang, dengan Harapan dan permohonan sungguh-sungguh agar Allah mengurniakan kita kesempatan lagi berulang kali untuk dapat Menziarahi Masjid Nabawi dan beribadah di dalamnya. Penuh keinsafan yang kita telah dikurniakan peluang menziarahi Masjid Nabawi dan Tanah Haram Madinah serta Kubur Nabi dan para Sahabat, Masjid Quba’, Perkuburan Syuhada Uhud dan al-Baqee‘, sedangkan ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak dikurniakan dengan peluang yang sama. Beristighfaar – banyak memohon Ampunan Allah atas dosa-dosa kita selama berada di Tanah Haram Madinah khususnya jika ada tersilap melakukan bid‘ah dan menyakiti saudara Islam. حدثنا قتيبة بن سعيد ، ‏‏‏‏‏‏حدثنا جرير ، ‏‏‏‏‏‏عن الأعمش ، ‏‏‏‏‏‏عن إبراهيم التيمي ، ‏‏‏‏‏‏عن أبيه ، ‏‏‏‏‏‏قال:‏‏‏‏ قال علي رضي الله عنه:‏‏‏‏ ما...

Adab-adab Musafir (1) - Solat Istikhaarah

Seorang hamba yang ingin mendapatkan Rahmat Allah dan didampingi Kasih Sayang dan KeredhaanNya, sentiasa akan memohon kepada Allah yang Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Penentu segala sesuatu. Apatah lagi ketikamana ia ingin mendapatkan Rahmat Allah dan AmpunanNya dengan mengerjakan Ibadat yang disukai Allah, ‘Umrah dan Haji. Lagipun, ia akan bermusafir untuk tujuan itu dan perlu membuat beberapa pilihan seperti tarikh dan perjalanannya bermusafir, teman seperjalanan, pihak pengurusan (agensi Haji/'Umrah) dan lainnya. Lumrahnya seseorang itu akan memilih yang termurah, paling selesa, khidmat yang cekap dan seumpamanya. Selayaknya ia memilih yang menghalakannya kepada ketaqwaan, membimbingnya dengan panduan Allah dan RasulNya, menuntunnya ke arah perlaksanaan Haji dan ‘Umrah yang sesempurnanya demi meraih Rahmat dan Ampunan Allah.  Adapun dakwaan pihak sekian dan sekian "khidmatnya serba-serbi 5 bintang", adakalanya hanya tinggal "bintang yang bertaburan" ketik...

27. Doa-doa Pilihan (daripada al-Qur’an dan as-Sunnah as-Sahihah)

Doa-doa Pilihan daripada al-Qur’ a n dan as-Sunnah a s-S a hih ah Syarat-syarat ketika berdoa: 1.    Ikhlas 2.    Mut a ba‘ah (mengikut Sunnah Nabi) 3.   Yakin kepada Allah bahawa Allah akan memperkenankan doa   dan Maha Pemurah, tidak mempersia-siakan amalan hambaNya    4.    Hati yang sedar dan penuh tumpuan    5.    Bersungguh-sungguh dalam permintaannya kepada Tuhannya

23. Sa’ie (tatacara perlaksanaannya)

Image
Menuju ke Bukit Safa untuk bersa‘ie [1] Berpandukan papan tanda berlampu "To Mas'aa" di tembok Masjidil Haram bertentangan dengan Rukun Iraqi (sila lihat gambar ini ), bergerak ke Bukit a s-S af a  untuk melakukan Sa‘ie. 

21. Tawaf (tatacara perlaksanaannya)

Image
Langsung menuju ke Hajar Aswad untuk  mengucupnya  dan memulakan Tawaf. Sekiranya keadaan sesak, tidak mengizinkan kita untuk mengucupnya kecuali dengan menyakiti atau mengganggu jemaah yang lain, maka cukup dengan  mengusapnya dengan tangan kanan, lalu mengucup tangan  tersebut. Jika  tidak dapat mengusap , cukup dengan  membuat isyarat dengan tangan kanan sahaja  seperti bertakbir waktu solat dengan  menghadap ke arah Hajar Aswad  dan Kaabah, sambil berniat tawaf umrah dan  mengucapkan: <    بِسْمِ اللهِ، اَللهُ أَكْبَرُ  >        maksudnya:  “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar.” [1]

20. Doa ketika melihat Ka'abah al-Musyarrafah

Di sisi Kaabah Perhatian :  Tiada doa tertentu ketika melihat Kaabah kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi  s ollalL a hu 'alayhi wa sallam . Pada ketika ini hendaknya diberhentikan bacaan Talbiah. Apabila melihat Ka'abah, dibolehkan mengangkat kedua belah tangan [1]  sebagaimana yang dilakukan oleh Ibn ‘Abb a s  dan berdoa dengan doa ‘Umar : <    اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ  >           maksudnya:  “Ya Allah Engkaulah As-Salaam, daripada Mu keselamatan dan hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan keselamatan.”  [2] Bagi kaum lelaki, hendaknya memakai ihram cara ‘idhthiba’ (mendedahkan bahu kanan dengan menyelitkan hujung kanan kain ihram dari bawah ketiak dan disangkutkan pada bahu kiri) selama di dalam tawaf 7 pusingan. [1]   Perbuatan Ibn ‘Abb a s dengan riwayat yang sahih. Adapun riwayat yang menyatak...

19. Sewaktu Masuk ke Masjidil Haram

Masuk ke Masjidil Haram dengan langkah kanan dan doa masuk masjid: بِـسْـمِ اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى رَسُـوْلِ اللهِ ،  اَللَّـهُمَّ افْـتَـحْ لِـيْ أَبـْوَابَ رَحْمَـتِكَ        maksudnya:  “Dengan nama Allah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, bukakanlah bagi ku pintu-pintu rahmat Mu.” .  [1]