Bekalan dan Sikap Jemaah (mempersiapkan diri menjadi Tetamu Allah)
Pembaca yang budiman, dalam perlaksanaan ibadah Haji, Allah telah berpesan kepada kita dengan pesanan yang amat penting, ketika kita menjadi “tetamu”Nya. Firman Allah jalla wa 'alaa : Ertinya: (Masa mengerjakan) Haji itu ialah beberapa bulan yang dimaklumi. [15] Maka sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Haji, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukup kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa ; dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal. [16] Oleh itu, bekalan terpenting yang kita perlu sediakan untuk perlaksanaan Haji kita adalah “Taqwa” dan “Taqwa” adalah “ pemeliharaan diri, menjaga diri dari apa sahaja yang mengakibatkan siksa, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya ” [17] . Bermakna, kita memelihara diri k