Umrah Ketika Wabak (Covid19)_persoalan Ihram
بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله و بعد Banyak yang ditanyakan berkenaan perlaksanaan Umrah ketika masih adanya penularan Wabak Covid19, jika Kerajaan Arab Saudi telah mula mengizinkan dan menerima kedatangan para jemaah dari luar negara dengan pihak Saudi mengenakan berbagai-bagai syarat dan peraturan serta langkah pencegahan penularan dan jangkitan penyakit Covid ke atas para jemaah. Antaranya, had umur tertentu, mesti menjalani ujian kesihatan dan ujian saringan bebas Covid, perjalanan manasik dari awal permohonan Visa Umrah sebelum berangkat hingga kembali semula ke tanah air dengan setiap langkah diatur menurut ketetapan App yang disediakan pihak Saudi dan sebagainya. Segalanya itu ditetapkan demi menjamin kemaslahatan yang pelbagai, antaranya ibadah Umrah masih dapat terus dihidupkan sebagai Syiar Islam dan dilaksanakan, memelihara nyawa dan kesihatan kaum muslimin khususnya para jemaah Umrah, memberi peluang meski terbatas, kepada kaum muslimin dari negara-