Posts

Showing posts from October, 2022

O. Berihram di Miqat yang ditetapkan Nabi.

Bismillaah walhamdulillah was solaatu was salam 'alaa Rasuulillaah wa 'alaa ahlihi wa sohbihi wa man waalaah, wa ba'd Soalan:  Bolehkah seseorang jemaah Umrah atau Haji yang menziarahi kota Madinah dahulu sebelum ke Mekkah, menuju ke Mekkah tanpa Ihram dan bermiqat kerana bermaksud memasuki kota Mekkah dan berehat di hotel 1 hari terlebih dahulu, kemudian apabila hendak tunaikan Umrahnya, ia pergi ke Ji'ranah atau Tan'eem untuk Berihram di salah satu miqat tersebut? Jawapannya: 1. Setiap muslim yang melalui miqat, dan berniat menunaikan Umrah, wajib berihram. Berdosa jika tidak berihram dan dikenakan dam malah Umrah nya dikhuatiri tertolak tidak diterima Allah. Dalam contoh yang diberikan, seorang jemaah yang menuju ke Mekkah dari Madinah, dituntut dengan hukum.WAJIB memulakan Ihramnya di Miqat penduduk Madinah iaitu DzulHulaifah (Bir Ali/Abyar Ali) ataupun perbatasan Zonnya atau sejajar dengannya, jika tidak bersinggah atau melintasi Miqat DzulHulaifah secara zat,

N. Amalan-amalan ketika Umrah Ramadhan (Persoalan Terawih berapa Rakaat)

بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله و بعد Alhamdulillah.  Selayaknya, seseorang hamba yang telah dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya pada bulan Ramadhan, bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tertinggi sebab ia merupakan kurniaan Allah yang amat besar dan hebat kepada dirinya. Betapa tidak, dengan melakukan Umrah pada bulan Ramadhan, tidak kira pada awal, pertengahan atau akhirnya, seseorang itu mendapatkan ganjaran dan kelebihan seumpama menunaikan Haji bersama, beriringan, dan  satu rombongan dengan Rasulullah sollalLaahu 'alaihi wa sallam. "و أنها تعدل حجة معي" ertinya: "dan sungguh ia (yakni Umrah dalam bulan Ramadhan) menyamai perlaksanaan Haji bersama ku" [Sahih Sunan Abi Dawud no: 1990]  dan dengan lafaz "فإن عمرة في رمضان تقضي حجة أو حجة معي" ertinya "Kerana satu Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji atau haji bersama ku" [Sahih al-Bukhariy no: 1863 dan Sahih Muslim no: 1256]  Setelah selesai perlaksan