18. Ketika menuju ke Masjidil Haram
Ketika menuju ke Masjidil Haram pastikan yang berikut:
i. Berwudu’ dan bersih pakaian
ii. Lencana/pas pengenalan diri pengganti paspot, ada pada pakaian ihram. (boleh gunakan safety-pin)
iii. Mengenalpasti nama hotel, daripada mana arah mendatangi Masjidil Haram dan tempat yang dapat dijadikan panduan untuk pulang dan tidak tersasar.
Oleh kerana jemaah akan melaksanakan Tawaf kemudian melakukan Sa'ie, maka pintu masuk dan pintu keluar berbeza. Dinasihatkan agar para jemaah membawa bersama beg kasut/selipar bertali yang dapat mereka sandang di bahu supaya tangan mereka bebas tidak perlu sentiasa memegang beg itu ketika berdoa, melaksanakan Tawaf dan sebagainya. (Kebiasaannya para jemaah akan keluar dari pintu sebelah kanan Bukit Marwah setelah selesai Sa'ie untuk bercukur dan pulang ke hotel)

iv. Teruskan bacaan Talbiah (sehingga kelihatan Ka'abah).
Comments
Post a Comment