01. Doa sewaktu keluar rumah untuk berangkat

بِـسْـمِ اللَّهِ تَـوَكَّـلْـتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَ لَا قُـوَّةَ إِلَّا بِـاللَّـهِ

maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tiada upaya tiada kekuatan kecuali dengan (izin) Allah.” [1]

Perhatian: ‘Solat sunat safar’ dengan pemahamannya sebagai "Dua rakaat yang dikerjakan sejurus sebelum keluar rumah untuk bermusafir" bukan daripada ajaran Sunnah yang Sahih. Menurut ajaran as-Sunnah, "Solat Safar" dilakukan sekembalinya seseorang itu daripada perjalanannya bermusafir, bukan sewaktu hendak berangkat. [2] 

Panduan Rasulullah sollallaahu 'alayhi wa sallam adalah yang terbaik. Jika perlaksanaan solat sebelum berangkat bermusafir adalah baik, tentunya Rasulullah sollallaahu 'alayhi wa sallam telah mencontohkannya untuk umat baginda.

Perlu diperingatkan: Bagi para jemaah yang akan ke Kota Madinah dahulu sebelum perlaksanaan Manasik Haji atau Umrah, mereka perlu berniat bermusafir untuk ke Madinah, menziarahi Masjid Nabawi dan bukannya niat melaksanakan Manasik, sebab mereka akan hanya memulakan manasik dengan keberangkatan mereka daripada kota Madinah ke Mekkah. Maksud Niat di sini ialah apa yang mereka sematkan berupa azam di dalam hati tanpa perlu melafazkan apa-apa. Wallahu a‘lam. 

sila rujuk: menziarahi Kota Madinah sebelum Haji & Umrah sesuai Sunnah




[1] Riwayat at-Tirmidzi (as-Sunan: al-Da‘awat: 3348), Abu Dawud (as-Sunan: al-Adab: 4431) – dihukumkan sahih sebagaimana yang dijelaskan di dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi: 3/151 dan Sahih Sunan Abi Dawud: 3/959 
[2] Sebagaimana penjelasan ulama antaranya Imam an-Nawawi (al-Majmu‘: 4/58) yang senaraikan Solat Safar sekembali daripada perjalanan bermusafir dan dalam Adab Musafir beliau sebutkannya mustahab sebab hadis solat Safar sebelum berangkat disangsikan kebenarannya daripada Nabi sebagaimana yang dijelaskan oleh asy-Syeikh al-Albaniy dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy – Silsilat ad-Da‘iefah: no: 372.

Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.