Adab-adab Musafir; (2) Niat Murni (3) Bekalan ilmu (4) Bertaubat (5) Restu Ibu bapa (6) Biaya Halal
2. Menghadirkan niat yang murni, baik dan ikhlas Ketikamana seseorang yang bakal bermusafir, bersiap untuk keluar rumah, hendaknya ia menghadirkan niat yang baik dan ikhlas di dalam hatinya terhadap matlamat perjalanannya. Apatah lagi pemergiannya adalah untuk melaksanakan Ibadah Haji atau ‘Umrah, ataupun ziarah Baitul Maqdis yang perlu kepada niat yang ikhlas, semata-mata kerana Allah ia bermusafir. Ia mesti mengelakkan daripada segala bibit “riy a ’”, “sum‘ah” dan rasa bangga diri agar amalannya dan seluruh perjalanannya bermusafir tidak menjadi amalan sia-sia. Firman Allah: Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian itu, aku diperintahkan, dan aku (berusaha menjadi di antara) orang yang pertama berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya". [10] E rtinya: …Oleh itu, sesiapa yan