Adab-adab Musafir; (2) Niat Murni (3) Bekalan ilmu (4) Bertaubat (5) Restu Ibu bapa (6) Biaya Halal
2. Menghadirkan niat yang murni, baik dan ikhlas
Ketikamana seseorang yang bakal bermusafir, bersiap untuk keluar rumah, hendaknya ia menghadirkan niat yang baik dan ikhlas di dalam hatinya terhadap matlamat perjalanannya.
Apatah lagi pemergiannya adalah untuk melaksanakan Ibadah Haji atau ‘Umrah, ataupun ziarah Baitul Maqdis yang perlu kepada niat yang ikhlas, semata-mata kerana Allah ia bermusafir. Ia mesti mengelakkan daripada segala bibit “riya’”, “sum‘ah” dan rasa bangga diri agar amalannya dan seluruh perjalanannya bermusafir tidak menjadi amalan sia-sia.
Firman Allah:
Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian itu, aku diperintahkan, dan aku (berusaha menjadi di antara) orang yang pertama berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya".[10]
Ertinya: …Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapapun dalam ibadatnya".[11]
Ertinya: …Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapapun dalam ibadatnya".[11]
" إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر " فسئل عنه فقال: "الرياء"
“Sesungguhnya apa yang aku paling takut berlaku pada diri kalian adalah syirik kecil.” Apabila baginda ditanya mengenainya jawab baginda: “Riya’”[12]
3. Memperlengkapkan diri untuk memenuhi tuntutan agama ketika bermusafir
Demi menjadikan dirinya seorang musafir “rombongan Allah” yang sebenarnya dalam melaksanakan Haji, ‘Umrah dan Ziarahnya, ia perlu memperlengkapkan dirinya dengan ilmu dan peralatan yang dengannya ia dapat memenuhi tuntutan agamanya. Antaranya, Ilmu tentang Toharah (Bersuci) [Kenal air dan bahan pengganti air seperti debu (bedak), batu, tisu, tatacara beristijmar, erti suci pada tubuh, pakaian dan tempat solat, Tatacara berWudu’ dan berTayammum, Mengusap Khuff atau sepatu/stokin, serban dan lainnya beserta peralatannya seperti botol penyembur air (spray) dan sebagainya], Ilmu berkenaan Solat [Syarat-syarat solat; arah kiblat, masuk waktu, Tatacara Solat berdiri dan duduk ataupun berbaring bergantung kepada keadaan, Jama‘ dan Qasar dan seumpamanya serta peralatannya misalnya kompas], Mengetahui perihal Puasa [Mengenali waktu mula puasa (sahur) serta waktu berbuka, Puasa sebulan samada 29 hari atau 30 hari], Pengetahuan yang secukupnya berkenaan Haji dan ‘Umrah.
Sabda Rasulullah sollalLaahu 'alayhi wa sallam:
, من يرد الله به خيرا يفقه في الدين -
Ertinya:“Sesiapa yang Allah berkehendakkan kebaikan baginya, pasti Allah menjadikannya berilmu dalam hal keagamaannya” [13]
4. Bertaubat daripada segala dosa
Orang yang bermusafir sedia mengetahui bahawa bermacam perkara, antaranya kemalangan, boleh berlaku semasa di dalam perjalanan.
Meskipun benar tiada insan yang mengetahui ajalnya dan di mana ia akan menghembuskan nafasnya yang terakhir, namun ternyata orang yang bermusafir lebih terdedah kepada kemalangan berbanding orang yang tidak ke mana-mana di dalam negeri. Oleh itu, walaupun secara umumnya kita sayugianya sentiasa bertaubat dan beristighfar, namun adalah lebih utama bagi yang bermusafir untuk melakukannya kerana hakikat bermusafir yang terdedah kepada berbagai risiko. Semoga Allah sentiasa mensejahterakan kita di dalam perjalanan kita bermusafir.
Syarat bertaubat yang sesempurnanya adalah:
i. Meninggalkan segala perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat
ii. Menyesali segala perbuatan dosa dan maksiat tersebut
iii. Berazam dan bertekad tidak akan mengulanginya dan meminta ampunan Allah
iv. Sekiranya perbuatan dosa itu melibatkan kezaliman pada manusia lainnya maka hendaklah dimohon kemaafan daripadanya, menjelaskan kesilapan tersebut jika jelas kemaslahatannya dan tiada apa-apa kemudaratan yang akan timbul daripada penjelasan kesilapan tersebut. Namun seandainya daripada penilaiannya ada kemudaratan berkemungkinan timbul dengan sikap berterus terang, misalnya, semakin mengeruhkan hubungan dan menjadi permusuhan maka sebagai gantinya adalah mendoakan untuknya dengan kebaikan dunia dan akhirat. Begitu juga jika pihak tersebut telah meninggal dunia. Adapun jika ada daripada haknya seperti harta yang telah diambil tanpa hak maka hendaklah dikembalikan atau digantikan. Firman Allah:
Ertinya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).[14]
Sabda Rasulullah sollalLaahu 'alayhi wa sallam:
أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ -
“Tahukah kamu siapa itu muflis?” Jawab para Sahabat: Orang muflis di kalangan kami adalah orang yang kehabisan dirham (wang) dan tiada barang kepunyaan sesuatu apa pun. Sabda baginda lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada kalangan umat ku adalah yang datang pada Hari Kiamat dengan (amalan pahala) solatnya, puasanya, zakatnya dan pada masa yang sama ia juga datang sedang ia telah mencerca si ini (orang sekian), mentohmah yang lain, memakan harta yang lain tanpa hak, menumpahkan darah (mencederakan atau membunuh tanpa hak) si ini, memukul pula si ini, maka pihak-pihak (yang dizaliminya) tersebut diberikan daripada pahala amalan-amalannya (sebagai ganti rugi) dan jika ia telah kehabisan pahala, dipikulkan ke atas dirinya dosa-dosa pihak-pihak tersebut sehingga ia kemudiannya dihumbankan ke dalam Neraka” [15]
5. Memohon keampunan kedua orang tua yang masih hidup dan mendapatkan restu mereka
Sebaiknya seseorang yang akan bermusafir, apatah lagi jika pemergiannya adalah untuk jangka masa yang panjang, mendapatkan izin dan restu kedua ibu bapa serta doa mereka, kerana untuk pergi berjihad juga perlu kepada izin kedua orang tua atau sekurang-kurangnya dimaklumkan kepada mereka, inikan pula bermusafir untuk selain jihad. Doa seorang ibu atau bapa untuk anaknya diperkenankan Allah, maka kita akan berasa lebih tenang dan sejahtera dengan adanya doa kedua orang tua mengiringi kita ketika bermusafir. Sabda Rasulullah sollalLaahu 'alayhi wa sallam:
, ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ -
Ertinya:“Tiga jenis doa diperkenankan dan tiada keraguan lagi ia mustajab (diperkenankan), doanya seorang yang dianiayai, doa seorang musafir dan doa seorang orang tua (ibu atau bapa[16]) untuk anaknya” [17]
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَجُلًا هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْيَمَنِ فَقَالَ , هَلْ لَكَ أَحَدٌ بِالْيَمَنِ قَالَ أَبَوَايَ قَالَ أَذِنَا لَكَ قَالَ لَا قَالَ ارْجِعْ إِلَيْهِمَا فَاسْتَأْذِنْهُمَا فَإِنْ أَذِنَا لَكَ فَجَاهِدْ وَإِلَّا فَبِرَّهُمَا -
Daripada Abie Sa‘ied al-Khudriy radhiyalLaahu 'anhu: Bahawasanya seorang pemuda telah berhijrah menghadap Rasulullah sollalLaahu 'alayhi wa sallam daripada Yaman maka sabda baginda kepadanya: “Apakah anda masih ada ibu bapa di Yaman?” Jawab pemuda itu: Kedua-dua orang tua ku masih ada. “Adakah mereka berdua telah mengizinkan mu?” Tidak. Sabda baginda lagi: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin mereka sekiranya mereka mengizinkan maka pergilah berjihad tetapi jika tidak, maka berbaktilah kepada mereka berdua.”[18]
6. Memastikan pembiayaan perjalanannya halal
Memastikan ongkos atau pembiayaan yang halal untuk bermusafir adalah perkara yang amat penting agar amalan yang dilakukan, yang kerananya ia bermusafir, misalnya haji dan umrah, diterima Allah. Malah seandainya matlamat ia bermusafir adalah sesuatu yang mubah/harus hukumnya sekalipun, seseorang mukmin akan khuatir jika dirinya tidak dirahmati Allah dan doanya tidak diperkenankan oleh Allah, sebab pemakanan dan pakaiannya haram atau bersumber daripada yang haram. Sabda Rasulullah sollalLaahu 'alayhi wa sallam:
, إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تعالى: { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ } وَقَالَ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ -
Ertinya: “Sesungguhnya Allah Maha Suci lagi Baik, tidak menerima kecuali yang suci dan baik dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman sama dengan apa yang diperintahkanNya kepada para rasul, maka Allah berfirman: [Wahai para rasul makanlah daripada segala yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang salih/baik kerana sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan] dan Allah juga berfirman: [Wahai orang-orang yang beriman makanlah daripada yang baik-baik apa yang telah Kami kurniakan sebagai rezki kamu] kemudian baginda menyebutkan kisah seorang lelaki yang telah bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh, berdebu dan serba tidak rapi keadaannya (kerana terlalu lama bermusafir), ia mengangkat kedua tangannya menadah ke langit memohon: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, padahal makannya yang haram, minumnya juga yang haram dan pakaiannya juga dari yang haram serta dimasukkan ke perutnya dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya.” [19]
Sabda Rasulullah sollalLaahu 'alayhi wa sallam:
يأتي على الناس زمان ما يبالي الرجل من أين أصاب المال؟ من حلال أوحرام
Ertinya: Akan datang satu zaman, seseorang itu tidak peduli daripada mana ia mendapatkan harta. Apakah daripada yang halal atau yang haram.[20]
Sabda baginda sollalLaahu 'alayhi wa sallam yang lainnya:
Ertinya: Tidak akan berganjak kedua kaki seseorang hamba Allah pada Hari Kiamat sehinggalah ia ditanya mengenai umurnya, pada apa ia telah habiskan, tentang ilmunya apa yang telah diperlakukan dengannya, berkenaan hartanya daripada mana ia mendapatkannya dan pada apa pula ia perbelanjakannya dan mengenai tubuhnya pada apa ia telah pergunakan. [21]
لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ ُ -
_____________________________
[11] Al-Qur’an: Surah al-Kahf; 18:110
[12] Hadis riwayat Ahmad (5/428) dan dihukumkan riwayatnya berderajat Hasan oleh al-‘Allamah al-Albaniy di dalam Sahih al-Jami‘ 2/45
[13] Hadis riwayat al-Bukhari (Sahih al-Bukhari: al-‘Ilm: 69, Fard al-Khumus: 2884, al-I‘tisam bi al-Kitab: 6768), Muslim (Sahih Muslim: az-Zakah: 1719, 1721, al-Imarah: 3549) dan ‘ulama hadis lainnya.
[15] Hadis riwayat Muslim (Sahih Muslim: al-Birr wa as-Silah wa al-Adab: Bab Tahrim az-Zulm 4678), at-Tirmidzi (Sunan at-Tirmidzi: Sifat al-Qiyamah wa ar-Raqa-iq wa al-Wara‘: 2342) dan‘ulama hadis yang lain.
[16] Dalam Bahasa Arab “al-Walid” seerti “parent” (Inggeris)
[17] Riwayat Abu Dawud (Sunan Abie Dawud: as-Solah: 1313), at-Tirmidzi (Sunan at-Tirmidzi: al-Birr wa as-Silah: 1828, ad- Da‘awat: 3370) Ibn Majah (Sunan Ibn Majah: ad-Du‘a’: 3852) dan‘ulama hadis lainnya – dihukumkan sahih oleh al-‘Allamah al-Albaniy di dalam Sahih Abi Dawud: 1/286, Sahih at-Tirmidzi: 3/156 dan Sahih Ibn Majah: 2/331.
[18] Hadis riwayat Abu Dawud (Sunan Abie Dawud: Jihad: 2168) dan Ahmad (al-Musnad: hadis no 11296). Namun menurut ulasan Imam Ibnul Qayyim dan Syamsul Abadi hadis ini Da‘ief disebabkan oleh seorang perawi di dalam sanadnya. Walaubagaimanapun al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibn Hibban dan kebanyakan ‘ulama mengambil faedah ataupun hukum yang disebutkan dalam hadis ini (soal minta izin) dan mereka kaitkannya dengan persoalan izin kedua ibu bapa untuk bermusafir – Fath al-Bari: 6/163 hadis no: 3004. Begitu juga al-‘Allamah al-Albaniy tidak menyenaraikannya di dalam Do‘ief Sunan Abi Dawud. WalLahu a‘lam.
[19] Riwayat Muslim (Sahih Muslim: az-Zakah: 1686), at-Tirmidzi (as-Sunan: al-Adab: 2723, Tafsier al-Qur’an: 2915) dan ahli hadis lainnya.
[20] Hadis berderajat Sahih diriwayatkan oleh al-Nasā’i daripada Abu Hurairah, Sahih al-Jāmi‘ as-Saghir, jil. 2, hlm. 1326, hadis no: 8003.
[21] Hadis berderajat Sahih diriwayatkan oleh at-Tirmidzi daripada Abi Barzah dan beliau menghukumkannya Hasan Sahih, Sahih al-Jāmi‘ as-Saghir, jil. 2, hlm. 1221, hadis no: 7300. Diriwayatkan juga oleh ad-Darimi (al-Muqaddimah: hadis no 536, 537, 538)
Comments
Post a Comment