Posts

Showing posts from April, 2022

M. Batalkah Wudhu' apabila bersentuhan antara lelaki dan wanita?

بسم الله ، الحمد لله رب العالمين و به نستعين على أمور الدنيا و الدين  ،و الصلاة و السلام على النبي الأمين المبعوث رحمة للعالمين أما بعد  Perkara ini seringkali menjadi perkara yang dirunsingkan oleh sebahagian jemaah Haji dan Umrah ketika jemaah berhasrat melakukan Tawaf dengan kepelbagaian jenis Tawaf, sama ada Tawaf Qudum, atau Tawaf 'Umrah, Tawaf Haji (Ifaadhah), Tawaf Wada' malah Tawaf Sunat sekalipun. Sebenarnya, perkara ini hanya dirunsingkan oleh segolongan umat Islam yang dengan dakwaan dan pegangan mereka, bermazhab Syafi'ie (dan jika masih ada, pengikut Mazhab az-Zohiriyyah kerana di sisi Imam Ibn Hazm rahimahullah, sentuhan kulit dengan kulit tanpa lapik membatalkan tanpa mengambil kira sama ada disertai syahwat atau tidak - sila rujuk al-Muhallaa Bab Pembatal Wudhu'). Adapun umumnya 'ulama dan pengikut 3 Mazhab yang lain, Hanafi (al-Hanafiyyah), Maliki (al-Maalikiyyah), Hambali (al-Hanaabilah) dan lainnya (antaranya ahli-ahli Hadis) dengan kata lain, di

L. Haji dan Umrah bagi wanita Ihdaad (yang dalam 'Iddah Berkabung akibat kematian suami)

Kata Imam Ibn Qudamah 1 : 1365 – Permasalahan: Sekiranya wanita itu (yang kematian suami) itu telah pun bermusafir dalam perjalanannya menunaikan Haji, pada ketika itu ia kematian suaminya, sedang ia masih berada dekat (dengan tempat tinggalnya) hendaklah ia pulang ke rumahnya (membatalkan hajinya) untuk melaksanakan tuntutan ‘Iddah (dan berkabung). Adapun jika ia telah berada jauh daripada tempat tinggalnya, ia terpaksa meneruskan perjalanannya dan jika sekembalinya daripada Haji, masih ada lagi baki tempoh ‘Iddah, maka semestinya ia duduk tetap di rumahnya, melaksanakan tuntutan ‘iddahnya. Kesimpulannya, seorang wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah kematian suami, tidak diperbolehkan untuk keluar menunaikan Ibadah Haji dan tidak pula diharuskan ke tempat lain. Demikian yang diriwayatkan daripada (para Sahabat) ‘Umar dan ‘Utsman. Begitu juga pendapat (para Tabi‘ien – Imam-imam) Sa‘ied bin al-Musaiyib, al-Qasim 2 , (dan daripada atba‘ at-Tabi‘ien – Imam-imam) Malik, asy