Posts

15. (i) Niat untuk Anak Kecil

Anak kecil   belum mumaiyiz   (belum dapat memahami hukum – apa yang dibolehkan dan apa yang terlarang, misalnya bayi) maka warisnya (ibu bapa atau penjaga/pembelanya) yang menjatuhkan niat untuknya (yakni di dalam hati ia niatkan, anak itu telah diIhramkan dan mulai melaksanakan Umrahnya). Namun, di dalam perkara pantang larang, anak itu diberi keringanan, sesuai dengan pendapat ulama yang terpilih, kerana mengenakan pantang larang ke atas diri anak kecil demikian adalah sesuatu yang di luar kemampuan warisnya utk memeliharanya.   Berbeza dengan anak kecil yang  mumaiyiz,  maka warisnya mengajarnya mengikut ucapan yang diucapkan dalam tajuk "no: 13". Kemudian sayugianya warisnya memahamkan anak itu apa yang perlu dielakkannya sebagai memelihara pantang larang semasa berihram. Sekiranya anak itu ada melanggar pantang larang, maka menurut sebahagian ulama, warisnya dikenakan dendanya sebagaimana warisnya juga mendapat pahala perlaksanaan umrah/haji anak keci...

14. Perkara-perkara yang Terlarang ketika dalam Ihram

Perhatian : Dengan niat itu, bermulalah seseorang itu berada di dalam keadaan "pantang-larang" ihram. Perkara-perkara larangan tersebut adalah berikut: [1]

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

Sewaktu akan berangkat untuk ke Mekkah, memulakan amalan Umrah lakukanlah yang berikut: i.       memotong kuku kedua kaki dan kuku kedua tangan. ii.   mencukur bulu pada bahagian yang disunatkan kita mencukurnya iaitu bulu ketiak dan yang di bawah pusat. iii.    Mandi sunnat ihram dengan niatnya (sebelum mengenakan pakaian ihram).  Hadis:      أن النبي صلى الله عليه و سلم تجرد لإهلاله و اغتسل   Bahawasanya Nabi sollallahu 'alayhi wa sallam   menanggalkan pakaian untuk mula berihram lalu baginda pun mandi . [1] iv.    mengenakan wangian pada badan sahaja (usah kenakan pada pakaian ihram) [2] v.     memakai pakaian ihram; a)        lelaki :  2 helai kain putih yang  tidak berjahit, tidak bersarong dan tidak pula bercantum 2 hujungnya. Hanya itu sahaja yang boleh dipakainya. Antara yang tidak boleh dipakainya ialah ‘pakaian dalam’. b) ...

11. Ketika Menziarahi Masjid Quba' dan Tempat-tempat bersejarah Kota Madinah

Image
Ketika ingin menziarahi Masjid Qub a ’, adalah disunnatkan: i.       Berwu d u’ dari kediaman/tempat penginapan ii.    Keluar dengan tujuan ke Masjid Qub a ’ dengan menaiki kenderaan atau berjalan kaki. iii.     Masuk ke Masjid Qub a ’ dengan adab-adabnya ( no: 7 dan no: 9) iv.     Mendirikan 2 rakaat solat (Ta h iyatul Masjid/ D u ha )

09. Doa keluar masjid; Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan masjid-masjid lainnya

Ketika keluar dari masjid, dengan langkah kiri dahulu, bacalah: بِسْمِ اللهِ وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى  رَسُوْلِ اللهِ،   فَـضْـلِـكَ مِـنْ   اَللَّـهُمَّ إِنّـِي أَسْـأَلُـكَ  maksudnya:  “Dengan nama Allah, selawat dan salam buat Rasulullah. Ya Allah, aku memohon daripada Mu, kurniaan Mu.”   [1] [1]    Riwayat Muslim: 1/494

10. Doa sewaktu Ziarah Kubur; Perkuburan Baqie', Syuhada' Uhud dan Perkuburan lainnya

Image
Ketika menziarahi perkuburan al-Baqie‘, U h ud (Madinah) dan Mu'ala serta perkuburan lainnya bacalah doa ini: اَلسَّـلاَمُ عَـلَـيْـكُمْ يَـا أَهْـلَ الدِّيـَارِ ، مِـنَ الْمُؤْمِـنِيـْنَ  وَ الْمُسْـلِمِـيْنَ وَ إِنّـَا بِـكُمْ إِنْ شـآءَ اللهُ لاَحِـقُـوْنَ نَـسْـأَلُ اللهَ  لَـنَـا وَ لَـكُمُ الْعَـافِـيَة maksudnya:  “Salam sejahtera ke atas kalian wahai ahli kubur dari golongan mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami pasti akan menyusuli kamu. Kami memohon kepada Allah agar mengurniakan buat diri kami dan juga kalian kesejahteraan dari sisi Nya.”   [1] Ada beberapa lafaz yang hampir sama, semuanya menuruti ajaran as-Sunnah, dengan syarat telah diriwayatkan dengan periwayatan yang sahih, bukan yang dho'ief (lemah) apatah lagi yang mawdhuu' (palsu). [1]    Riwayat Muslim: 2/671 Perkuburan al-Baqee' Penjelasan Kedudukan kubur-kubur golongan istimewa;

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

Image
Sewaktu menziarahi Kubur Nabi (sollalLaahu 'alaihi wa sallam)   dan kedua Sahabat; Abu Bakar a s - S idd i q dan ‘Umar bin al-Kha tta b (radhiyalLaahu 'anhumaa)  lakukanlah yang berikut: i.  dari ar-Rau d ah dengan menjadikan kiblat di sebelah kanan, Hujrah (tempat kubur) di sebelah kiri jalan menuju ke kawasan Hujrah (kamar kuburan - ada 3 bahagian jeriji berwarna emas, hanya yang tengah sahaja yang terdapat ketiga- tiga kubur yang mulia - Sila lihat gambar di bawah).