11. Ketika Menziarahi Masjid Quba' dan Tempat-tempat bersejarah Kota Madinah
Ketika ingin menziarahi Masjid Quba’, adalah disunnatkan:
i. Berwudu’ dari kediaman/tempat penginapan
ii. Keluar dengan tujuan ke Masjid Quba’ dengan menaiki kenderaan atau berjalan kaki.
iv. Mendirikan 2 rakaat solat (Tahiyatul Masjid/Duha)
Dengan itu, Insya’ Allah mendapat pahala seperti menunaikan umrah. Yang demikian itu berdasarkan hadis, sabda Nabi sollallaahu 'alayhi wa sallam:
من تطهر من بيته ثم أتى مسجد قباء فصلى فيه صلاة كان له كأجر
عمرة
maksudnya: Barangsiapa yang bersuci daripada rumahnya kemudian ia mendatangi Masjid Quba’ lalu menunaikan satu solat di dalamnya maka baginya seperti pahala (melaksanakan) ‘umrah.[1]
Begitu juga benar telah diriwayatkan bahawa Rasulullah sollallaahu 'alayhi wa sallam sendiri selalu mendatangi Masjid Quba’, adakalanya berkenderaan dan adakalanya berjalan kaki – dari rumah baginda – untuk menunaikan solat 2 raka‘at di dalamnya [2]
Maka ketika berada di dalam Masjid Quba’, para jemaah dikehendaki menunaikan solat 2 rakaat sahaja dan tidak melambatkan aturcara ziarah dengan beberapa kali melakukan solat, demi menuruti Sunnah Nabi sollallaahu 'alayhi wa sallam.
Perhatian: Tempat-tempat yang sunnat diziarahi selama berada di Madinah adalah 4 tempat berikut sahaja:
i. Masjid Rasul @ Masjid Nabawi,
ii. Masjid Quba’,
iii. Perkuburan Baqie’ dan
iv. Perkuburan Syuhada’ Uhud.
Adapun tempat-tempat lain, maka tidak sunnat kita ziarahinya kecuali dengan niat ingin mengambil pengajaran dan meningkatkan iman.
(Biasanya yang diziarahi di Madinah adalah: Masjid Jumu‘ah, Masjid Qiblatain, Sab‘ah Masajid/Masjid al-Fath, Pasar Korma. Ada juga yang menziarahi Istana Ka‘ab bin Asyraf, Gunung Berapi-alBurkan, Wadi al-But-han, Jurf, Bi’run (telaga) Buda‘ah, Mujamma‘ al-Malik Fahd-tempat percetakan al-Quran bahkan Kebun Korma-al-Muntazah dan al-Masbahah (kolam renang di Kebun Korma). Biar apapun, yang utama adalah tujuannya, untuk menambah ilmu dan pengalaman serta i‘tibar dan bukannya bersuka-ria)
[1] Riwayat Ibn Majah, an-Nasa-i dan dihukumkan sahih oleh al-Albaniy (Sahih Sunan an-Nasa-i: 1/150 dan Sahih Sunan Ibn Majah:1/237)
Gambar dari bahagian belakang Masjid Quba’ tepi jalan utama, kaum wanita menaiki tangga sementara kaum lelaki ke kiri ikut jalan bawah untuk ke bahagian depan Masjid.
Perkuburan Syuhada’ Uhud
Comments
Post a Comment