14. Perkara-perkara yang Terlarang ketika dalam Ihram

Perhatian: Dengan niat itu, bermulalah seseorang itu berada di dalam keadaan "pantang-larang" ihram. Perkara-perkara larangan tersebut adalah berikut:[1]


i.  dilarang memotong kuku atau mengopek kulit (terkopek/tanggal sendiri tidak apa-apa)
ii.  dilarang memotong atau mencukur bulu dari manapun bahagian daripada seluruh badan termasuk rambut. Adapun yang gugur sendiri, tanpa campur tangan perbuatannya maka tidak mengapa.
iii. tidak boleh bagi lelaki untuk memakai pakaian bersarong, atau yang bercantum 2 hujungnya seperti baju, seluar, sarong tangan, stokin dan lainnya. Tidak salah memakai tali pinggang, pouch, jam tangan dan kacamata hitam selama bukan maksud untuk bermegah dan bergaya.
iv. dilarang menutup kepala bagi kaum lelaki dengan serban, topi, songkok dan sebagainya. Demikian juga muka. Tidak boleh memakai kasut tapi sebaiknya pakai selipar atau sandal yang tidak menutup seluruh kaki. Tetapi tidak salah menggunakan payung dan berteduh di bawah bumbung.
            Kaum wanita dilarang memakai sarong tangan dan menutup muka.
v. Dilarang berwangian pada badan, pakaian, makanan dan tempat tidur. Maka sabun, shampoo dan ubat gigi yang wangi juga tidak boleh digunakan. Yang tidak wangi boleh digunakan. Makanan yang asalnya memang wangi seperti limau tidak dilarang.
Demikianlah pula, Hajar Aswad yang wangi, boleh dikucup kerana bukan dimaksudkan dengannya untuk berwangian. Jika terkena pada badan atau pakaian, hendaklah dicuci untuk menghilangkan wanginya dan beristighfar.
vi. Dilarang memburu atau membunuh binatang darat (melata) yang halal dimakan. Antaranya kambing, lembu, unta, rusa, merpati, belalang dan sebagainya. Sekiranya tidak sengaja membunuhnya, gantikan dengan yang sebanding, misalnya rusa dengan kambing. Bagi yang tiada misal sebanding seperti belalang, maka kumpul dan timbanglah beratnya dan keluarkan fidyah. Wallahu a’lam.
vii. Dilarang melakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan syahwat seperti bercumbuan, mencium, menyentuh, walau melihat sekalipun.
viii.Dilarang (bersetubuh) berjimak dan inilah larangan yang paling berat.
ix.  Dilarang bertunang.
x.  Dilarang bernikah yakni menikahi, dinikahi atau menikahkan walaupun sebagai wakil.

            Selama seseorang itu masih di dalam ihram dan belum bertahallul, ia masih di dalam pantang-larang ini.

Dalil-dalilnya: Rasulullaah sollallaah 'alayhi wa sallam telah bersabda:
 "لا يلبس القميص و لا العمامة و لا البرنس و لا السراويل و لا ثوبا مسه ورس و لا زعفران، و لا

 الخفين إلا أن لا يجد النعلين فليقطعهما حتى يكونا أسفل من الكعبين"
Ertinya: “(Seorang muhrim lelaki – dalam Ihram) tidak memakai baju, tidak pula serban dan tidak pula baju dengan pelitup kepala (seperti pakaian orang Maghribi - hoodie), tidak pula seluar dan tidak juga pakaian/kain yang dikenakan wangian dan dicelup warna kuning kemerahan. Tidak pula kasut kecuali jika ia tidak mendapatkan kasut, hendaklah ia potong kedua kasut itu sehingga lebih rendah (tidak menutupi) kedua mata kaki (dan tumit). [2]

Dalam riwayat al-Bukhariy dengan tambahan:

و لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين”  - 

dan seorang wanita yang muhrim, tidak menutup wajah dengan

 niqab dan tidak pula memakai sarong tangan

Demikian itu tadi yang Nabi sollallaah 'alayhi wa sallam jelaskan di atas mimbar ketika masih di Madinah, sebelum berangkat ke Haji.

Tetapi ketika berkhutbah di ‘Arafah, baginda sollallaah 'alayhi wa 

sallam memberi keringanan: 

 "من لم يجد إزارا فليلبس سراويل و من لم يجد نعلين فليلبس خفين "

Sesiapa yang tidak mendapatkan kain maka pakailah seluar dan yang tidak ada selipar, pakailah kasut [3]


Jabir radhiyallaahu 'anhuma pula meriwayatkan: “Nabi sollallaah 

'alayhi wa  sallam menyuruh agar didirikan sebuah khemah untuk

 baginda sollallaah 'alayhi wa sallam berteduh di Namirah [4] 



Hadis Abu Aiyub al-Ansariy radhiyallahu 'anhu ketikamana

 beliau ditanya oleh utusan Ibn 'Abbaas radhiyallaahu 'anhuma

 mengenai cara mencuci kepala ketika Ihram: 


Beliau mengambil kain/tuala meletakkannya atas tangan 

beliau,  menyiramkan air di kepala. Kemudian menggosok-

gosok kepalanya dengan kedua tangannya, menggerakkan 

tangan ke bahagian depan kepala dan ke belakang, lalu 

menyatakan: 


Beginilah yang aku lihat Nabi sollallaah  'alayhi  wa  sallam 

melakukannya [5]



Hadis ‘Utsman bin ‘Affaradhiyallahu 'anhu: Bahawasanya Nabi

telah bersabda:

 “لا ينكح المحرم و لا يُنكح و لا يخطب” 

ertinya: “Seorang muhrim tidak menikahi, tidak dinikahkan dan 

tidak bertunang [6]


Hadis Ka‘ab bin ‘Ujrah radhiyallahu 'anhu: sabda Nabi: “Penderitaan (banyak kutu) di kepala mu tentu menyakitimu ” Jawabku: Ya, wahai Rasulullah. “Cukur kepala mu botak dan puasalah 3 hari atau beri makanlah kepada 6 orang miskin[7] atau sembelihlah seekor kambing [8]


[1] Mursyid al-Mu‘tamir wa al-Haj wa az-Za-ir oleh Sa ‘ied bin Wahf al-Qahtaniy.
[2]  Riwayat al-Bukhariy: 1/47 dan Muslim: 4/2 – al-Irwa’: 1012
[3]  Riwayat al-Bukhariy: 1/462 dan Muslim: 4/3 – al-Irwa’: 4/193
[4]  Riwayat Muslim: 2137
[5]  Riwayat al-Bukhariy: 1/461 dan Muslim: 4/23
[6]  Riwayat dan Muslim: 4/136-137
[7] Berdasarkan riwayat lain: 3sa‘=9kg (dengan kiraan “round-up”); setiap seorang ½ sa‘= 1.5kg. Sekarang mudah bagi seseorang yang perlu bayar kaffaarah iaitu dengan ke kaunter Haji & Mutamer Gift (Hadiyah) (di dalam Bangunan Jam Besar - Abraj al-Bayt di Aras "G" paling belakang/dalam) atau kaunter Taraahum (di bangunan Sofwa Towers berdekatan Musolla/Masjid - Aras "M") 
[8]  Riwayat al-Bukhariy: 1/453-455 dan Muslim: 4/20-21 dll.

Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.