Hukum perlaksanaan Haji dan ‘Umrah
Pembaca yang budiman, semoga Allah mengurniakan petunjuk
kepada anda, lumrahnya, orang yang akan mengadakan perjalanan bermusafir, akan
mengadakan persiapan dan bekalan yang perlu, malah secukupnya dan sesempurnanya.
Sebagai seorang muslim yang inginkan perjalanannya
dirahmati Allah, ia akan berusaha mengadakan bekalan dan persiapan yang sesuai
dengan tuntutan agama yang sempurna ini, yang telah ditentukan oleh yang Maha
Sempurna.
Di antara bekalan untuk perlaksanaan Haji dan ‘Umrah
yang terbaik, tentunya adalah ilmu. Kata al-Imam al-Bukhariy[1] di
dalam Sahih al-Bukhariy: “al-‘Ilm qabla al-Qaul wa al-‘Amal” Ertinya: “Berilmu
sebelum berkata dan beramal” [2]
Ilmu mengenai hukum melaksanakan ibadah Haji dan ‘Umrah,
syarat-syaratnya, kelebihannya, dan tatacara serta perjalanannya daripada sejak
ia keluar rumah sehingga pulang ke tanah airnya.
1.1
Hukum
perlaksanaan Haji dan ‘Umrah
a.
Haji:
Perlaksanaan Haji merupakan salah satu Rukun Islam yang
5, meninggalkannya bererti “runtuh” keIslaman seseorang. Anggapan bahawa ia
tidak perlu dilaksanakan, menjadikan seseorang itu kafir kerana menolak hukum
Allah. Dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ia dituntut sebagai satu kewajipan
sekali seumur hidup, yang Haram ditinggalkan adalah berikut:
Firman Allah Sub-haanahu wa Ta'aalaa:
Ertinya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan
ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai
kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian makhluk.[3]
Sabda Rasulullah sollalLaahu 'alaihi wa sallam: بني الإسلام على
خمس...و حج البيت..""
Ertinya: Islam itu didirikan atas 5 perkara…Haji ke
Baitullah…[4]
Sabda baginda sollalLaahu 'alaihi wa sallam lagi: "أيها الناس قد فرض الله عليكم الحج فحجوا..."
Ertinya: Wahai umat manusia, sungguh Allah telah memfardukan
Haji ke atas kalian, maka tunaikanlah haji…[5]
b.
‘Umrah
Kewajipannya diperselisihkan oleh ‘ulama. Namun, mereka
semua bersepakat bahawa ‘Umrah digalakkan dan diperintahkan bagi setiap yang
berkemampuan.
Punca perselisihan mereka bertitik tolak daripada
pemahaman mereka terhadap nas-nas. Maka ada yang menghukumkannya Sunnat berdasarkan pemahaman mereka
daripada perbuatan dan suruhan Nabi sollalLaahu 'alaihi wa sallam. Menurut dalil-dalil yang sampai kepada mereka, segala
suruhan untuk melakukan ‘Umrah adalah semata-mata berbentuk galakan, maka ia
tidak wajib.
Sementara segolongan ‘ulama lainnya berpendapat ia adalah
Wajib berpandukan beberapa riwayat yang dengan tegas memerintahkan
perlaksanaan ‘Umrah, antaranya:
Hadis ‘Umar radhiyalLaahu 'anhu yang mengisahkan kedatangan Malaikat Jibreel
bertanya kepada Nabi sollalLaahu 'alaihi wa sallam beberapa soalan, menurut periwayatan ad-Daraqutni rahimahulLaah, terkandung padanya sabda Nabi sollalLaahu 'alaihi wa sallam:
"الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله...و تحج و
تعتمر..."
Ertinya: Islam ialah anda bersaksi bahawasanya tiada
Tuhan yang disembah kecuali Allah…anda melaksanakan Haji dan ‘Umrah…[8]
Begitu juga riwayat ‘A-isyah radhiyalLaahu 'anha: Sabda Nabi sollalLaahu 'alaihi wa sallam:
"نعم ، عليهن جهاد لا قتال فيه، الحج و العمرة"
Ertinya: Ya, wajib atas mereka jenis jihad tanpa
pertempuran, iaitu Haji dan ‘Umrah.[9]
Dikuatkan lagi dengan riwayat Abi Razien berupa perintah Nabi agar anak kepada seorang yang telah tua uzur, melaksanakan
Haji dan ‘Umrah bagi pihak bapanya:
"احجج عن أبيك و اعتمر"
Ertinya: Laksanakan Haji bagi pihak bapa mu dan buat
juga ‘Umrah untuknya.[10]
Ada beberapa riwayat lain daripada Ibn ‘Umar radhiyalLaahu 'anhuma dan lainnya, yang menguatkan kesimpulan
hukum golongan ‘Ulama yang menghukumkan ‘Umrah sebagai Wajib atas setiap yang
berkemampuan. WalLahu a‘lam.
[1] Abu ‘Abdillah, Muhammad bin Isma‘iel, Afdalu asy-Syaikhayn (mahaguru
Hadis terulung). Cukup sebagai bukti kehebatan beliau, kitab susunan beliau
dikira kitab yang paling benar, selepas al-Quran, di muka bumi ini. (194-256H) Lahir:
194, wafat: 256H.
[2] Kitab Sahih al-Bukhariy, Kitab:3; Kitab al-‘Ilm, Bab: 10; Bab al-‘Ilm qabla al-Qaul wa
al-‘Amal. Fath al-Bari: 1/192
[5] Riwayat Muslim.
[6] Al-Imam Muwaffaq ad-Dien, Abu Muhammad
‘AbdulLah bin Ahmad bin Qudamah al-Maqdisiy ad-Dimasyqiy al-Hambali
(541-620H)
[7] Al-Mughnie: 5/6
[9] Riwayat Ibn Majah (3/414 – hadis no: 2901) yang telah dipastikan Sahih oleh al-Albaniy (Sahih Ibn Majah: 2/151).
[10] Riwayat Abu Dawud; as-Sunan: Kitab al-Manasik, Bab (26) ar-Rajul yahujju ‘an ghairihi; 5/173 – hadis no: 1807) – Sahih Abi Dawud: 1/341, Sahih at-Tirmidzi: 1/275, Sahih an-Nasa-i: 2/556, Sahih Ibn Majah: 2/152
Comments
Post a Comment