Tiada ‘Umrah bagi Haji Ifrad iaitu Umrah sejurus setelah Tahallul daripada Haji
Tiada ‘Umrah bagi Haji Ifrad.
Perlu dijelaskan beberapa kekeliruan di sini secara
sepintas lalu, yang kelak akan ada perinciannya, Insya Allah, iaitu Perlaksanaan
Haji secara Ifrad, kemudian melaksanakan ‘Umrah.
Tidak selayaknya seseorang yang
ingin melaksanakan Haji dan ‘Umrah dalam satu kali pemergian perjalanan
bermusafir (1 trip), apatah lagi ia adalah perjalanan kali pertamanya ke
Tanah Suci, dengan melakukan Haji Ifrad (Haji sahaja). Hanya setelah selesai
Hajinya, ia tunaikan ‘Umrahnya. Rasulullah sollalLaahu 'alaihi wa sallam telah mengajarkan 3 jenis Manasik;
i.
Qiran (Haji dan ‘Umrah – 2 dalam 1),
ii.
Ifrad (Haji sahaja – tiada ‘Umrah) dan
iii.
Tamattu‘ (‘Umrah
kemudian Haji – 2 kali Ihram).
Perlaksanaan Haji Ifrad kemudian
melakukan ‘Umrah daripada sempadan Tanah Halal terdekat, ada sudut-sudut
percanggahan berikut:
-
Nabi sollalLaahu 'alaihi wa sallam tidak pernah mengajarkan demikian. Tidak pula para Sahabat
dan para Imam Salaf as-Salih dan tiada seorang pun di antara mereka melaksanakan demikian (Umrah daripada Tan'eem menjadi suatu kebiasaan selepas tahun 600H).
-
Hanya ‘A-isyah radhiyalLaahu 'anha melakukan ‘Umrah selepas Haji, dengan izin
Nabi sollalLaahu 'alaihi wa sallam, atas sebab keuzuran haidnya ketika
awal sampai Mekkah. Maka sesiapa yang keadaannya seperti ‘A-isyah radhiyalLaahu 'anha sahaja yang layak melaksanakannya. Misalnya wanita yang bermaksud melakukan Tamattu' tetapi tidak dapat lakukan Umrah ketika sampai Mekkah kerana keuzuran haidnya. Ataupun seseorang yang datang lewat setelah masuk 8hb Dzulhijjah sehingga tidak dapat menunaikan Umrah terlebih dahulu untuk menjadikan Manasiknya jenis Haji Tamattu'. Namun mereka yang dimisalkan ini, boleh menukarkan jenis hajinya kepada Haji Qiran, yang mana amalannya sama seperti Ifrad, cuma ia dikira dengan niatnya, mendapatkan Haji dan Umrah serentak (2 in 1) dan berkewajipan mengadakan sembelihan seekor kambing seperti Tamattu'.
-
Jika
bermaksud mengelakkan “dam”, sebab Tamattu‘ dan Qiran,
kedua-duanya ada sembelihan dan dapat Haji dan ‘Umrah dalam 1 kali pemergian
bermusafir, maka ia adalah perbuatan menyerupai kaum Yahudi, yang mempermainkan
hukum serta berdolak-dalih dalam melaksanakannya. [Begitu juga yang melaksanakan
Haji Tamattu‘ atau Qiran tetapi melakukan (melalui perwakilan sedang ia mengetahui apa yang dilakukan oleh wakilnya yang menundakan) sembelihan
“dam”nya setelah berakhirnya musim Haji kerana harga kambing yang murah]. Na‘udzubillah min dzalik. WalLahu a‘lam.
Comments
Post a Comment