02. Doa ketika menaiki kenderaan
Daripada kebiasaan perbuatan Rasulullah sollallaahu alayhi wa sallam, baginda bertakbir (mengucapkan “Allahu akbar”) 3 kali apabila keluar untuk bermusafir sebaik sahaja baginda berada di atas unta tunggangan baginda. Kemudian baginda mengucapkan (berdoa):
سُـبْحَـانَ الَّـذِي سَـخَّـرَ لَـنَـا هَـذَا وَمَـا كُـنَّـا لَـهُ مُـقْـرِنـِيـنَ وَإِنَّـا إِلَى رَبِّـنَـا لَـمُـنْـقَـلِـبُـونَ
maksudnya: “Maha suci Dzat yang telah menundukkan (kenderaan) ini yang kami asalnya tiadalah mampu untuk mengenderainya dan sesungguhnya kami pasti kembali kepada Tuhan kami.” [1]
[1] Riwayat Muslim (as-Sahih: al-Hajj: 2392), at-Tirmidzi (as-Sunan: al-Da‘awat: 3369), Abu Dawud (as-Sunan: al-Jihad: 2232), Ahmad (al-Musnad: 6086), ad-Darimi (as-Sunan: al-Isti’dzan: 2557) – Lafaz ini di sisi periwayatan Imam Muslim.
Comments
Post a Comment