04. Doa ketika tiba dan mula memasuki kota atau daerah baru
Ketika tiba mendarat di mana-mana negeri, misalnya sewaktu tiba di Jeddah atau Madinah, atau Amman, demikian juga ketika transit (keluar daripada pesawat) di Dubai atau Doha atau Colombo atau Bangkok dan selainnya, disunnatkan untuk membaca doa ajaran Rasulullah sollallaahu 'alayhi wa sallam berikut ini:
Peringatan: Adakalanya urusan imigresen menjadi “ujian” kesabaran jemaah. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah serta berdoa supaya dipermudahkan segala urusan. Begitu pula, hendaknya diyakini, setiap ujian pasti ada hikmahnya. WalLahu a‘lam. Diharapkan juga agar kita tidak berlengah, supaya tidak kelewatan.
Oleh kerana sekarang ini, sejak Oktober 2019, Kerajaan Arab Saudi ada mengeluarkan Visa Pelancong (Tourist Visa), para jemaah yang datang dengan Visa Pelancong mungkin perlu melepasi kaunter imigresen yang berbeza dengan para jemaah yang mendapatkan Visa Umrah.
Ketika tiba di kaunter-kaunter imigresen, ikut sahaja arahan para pegawai dan petugas Imigresen dan Terminal dan adakalanya para jemaah yang berumur 60 tahun ke atas, dipermudahkan dengan melalui laluan ekspres.
Mulai saat para jemaah melepasi imigresen masuk negara Saudi, pasport akan dipegang oleh pihak agensi/wakilnya. Bermakna, para jemaah hanya bergantung kepada pas pengenalan mereka yang tertera padanya foto, nama, nombor pasport dan juga penginapan mereka di Madinah dan Mekkah. Pas/lencana/ID lanyard ini perlu sentiasa ada pada mereka setiap masa mereka keluar daripada bilik hotel. Walaupun sekarang ini, pasport diserahkan kembali kepada para jemaah, sebaiknya para jemaah tidak membawa pasport mereka ketika keluar hotel untuk ke Masjid, Ziarah, Tawaf dan sebagainya, demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini "Laa qaddaralLaah" (semoga Allah lindungi, tidak menjadikannya berlaku).
Manakala para penziarah ke BaitulMaqdis pula, maka pasport akan mereka pegang sendiri kecuali ketika urusan imigresen jika diarahkan untuk diserahkan secara sekumpulan dan pastikan tidak keciciran kad imigresen berukuran IC/myKad untuk mengelakkan apa-apa masalah.
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّـمَوَاتِ السَّـبْعِ وَ مَا أَظْلَلْنَ ، وَ رَبَّ الْأرَضِـيْنَ السَّـبْعِ
وَ مَا أَقْلَلْنَ ، وَ رَبَّ الشَّـيَاطِيْنَ وَ مَا أَضْـلَلْنَ ، وَ رَبَّ الرِّيَـاحِ وَ مَا
ذَرَيْنَ ، أَسْـأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ القـَرْيَـةِ وَ خَيْرَ أَهْـلِـهَا ، وَ خَيْرَ مَا فِيْهَا
وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَـا وَ شَرِّ أَهْـلِهَا وَ شَرِّ مَا فِيْهَا
maksudnya: “Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan bumi dan apa yang dikandunginya, Tuhan yang menguasai segala syaitan dan apa yang disesatkannya, Tuhan yang menguasai angin dan apa yang ditiupnya, aku memohon daripada Mu kebaikan negeri/kampung ini, kebaikan para penduduknya dan kebaikan yang terdapat di dalamnya dan aku berlindung dengan Mu daripada keburukannya, keburukan para penduduknya serta keburukan yang terdapat di dalamnya..” [1]
Doa masuk Tanah Haram Madinah atau Mekkah tiada asalnya daripada ajaran Nabi sollallaahu 'alayhi wa sallam dan tidak pula para Sahabat. Yang penting, kita insaf ketika memasuki Tanah Haram, bersyukur dan waspada daripada dosa, menghormati Tanah Haram yang dimuliakan oleh Allah. Sebaliknya, baik kita amalkan doa itu tadi, yang benar ada dalam ajaran as-Sunnah, ketika memasuki mana-mana negeri atau kota atau daerah dalam perjalanan kita bermusafir, tidak terkecuali, ketika memasuki kota-kota suci; Mekkah, Madinah dan Baitulmaqdis.Peringatan: Adakalanya urusan imigresen menjadi “ujian” kesabaran jemaah. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah serta berdoa supaya dipermudahkan segala urusan. Begitu pula, hendaknya diyakini, setiap ujian pasti ada hikmahnya. WalLahu a‘lam. Diharapkan juga agar kita tidak berlengah, supaya tidak kelewatan.
Oleh kerana sekarang ini, sejak Oktober 2019, Kerajaan Arab Saudi ada mengeluarkan Visa Pelancong (Tourist Visa), para jemaah yang datang dengan Visa Pelancong mungkin perlu melepasi kaunter imigresen yang berbeza dengan para jemaah yang mendapatkan Visa Umrah.
Ketika tiba di kaunter-kaunter imigresen, ikut sahaja arahan para pegawai dan petugas Imigresen dan Terminal dan adakalanya para jemaah yang berumur 60 tahun ke atas, dipermudahkan dengan melalui laluan ekspres.
Mulai saat para jemaah melepasi imigresen masuk negara Saudi, pasport akan dipegang oleh pihak agensi/wakilnya. Bermakna, para jemaah hanya bergantung kepada pas pengenalan mereka yang tertera padanya foto, nama, nombor pasport dan juga penginapan mereka di Madinah dan Mekkah. Pas/lencana/ID lanyard ini perlu sentiasa ada pada mereka setiap masa mereka keluar daripada bilik hotel. Walaupun sekarang ini, pasport diserahkan kembali kepada para jemaah, sebaiknya para jemaah tidak membawa pasport mereka ketika keluar hotel untuk ke Masjid, Ziarah, Tawaf dan sebagainya, demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini "Laa qaddaralLaah" (semoga Allah lindungi, tidak menjadikannya berlaku).
Manakala para penziarah ke BaitulMaqdis pula, maka pasport akan mereka pegang sendiri kecuali ketika urusan imigresen jika diarahkan untuk diserahkan secara sekumpulan dan pastikan tidak keciciran kad imigresen berukuran IC/myKad untuk mengelakkan apa-apa masalah.
[1] Sahih di sisi al-Hakim dan adz-Dzahabi (2/100). Kata Ibn Hajar: Hadis tersebut berderajat Hasan.- Takhriej al-Adzkar: 5/154)
Comments
Post a Comment