06. Doa ketika menuju ke masjid
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ فِيْ قَـلْبِيْ نُـوْراً ، وَّ فِيْ لـِسَـانِيْ نُـوْراً ، وَ فِيْ
سَـمْعِيْ نُـوْراً وَ فِيْ
بَـصَرِيْ نُوْراً ، وَ اجْـعَلْ مِـنْ خَـلْـفِـيْ نُـوْراً ، وَ مِنْ أَمَـامِيْ نُـوْراً ، وَ مِنْ فـَوْقِـيْ
نُـوْراً وَ مِنْ تَـحْـتِـيْ نُـوْراً ، اَللَّـهُمَّ أَعـْطِـنِيْ نُـوْراً
بَـصَرِيْ نُوْراً ، وَ اجْـعَلْ مِـنْ خَـلْـفِـيْ نُـوْراً ، وَ مِنْ أَمَـامِيْ نُـوْراً ، وَ مِنْ فـَوْقِـيْ
نُـوْراً وَ مِنْ تَـحْـتِـيْ نُـوْراً ، اَللَّـهُمَّ أَعـْطِـنِيْ نُـوْراً
maksudnya: “Ya Allah jadikanlah di dalam hati ku cahaya, pada lidah ku cahaya, pada pendengaran ku cahaya dan pada penglihatan ku cahaya. Jadikanlah di belakang ku cahaya, di hadapan ku cahaya, di atas ku cahaya, di bawah ku cahaya dan berikanlah Ya Allah kepada ku cahaya.” [1]
Maksud cahaya ada 2 menurut tafsiran 'ulama';
1. Cahaya bererti petunjuk di dunia dan akhirat
2. Cahaya ketika menyeberangi as-Shiraath (الصراط) iaitu Titian yang yang dilalui setiap manusia (menurut pendapat yang terkuat, bukan golongan yang beriman sahaja) untuk merentasi Neraka di antara Padang Mahsyar dengan Gerbang Syurga yang abadi
(Syarah Sahih Muslim).
[1] Riwayat al-Bukhariy: 11/116 dan Muslim: 1/530 (Ada riwayat-riwayat lain yang sahih, yang berbeza lafaz namun bersekitar pada doa yang sama seperti yang dikemukakan ini)
Sebahagian ‘Ulamā’, dengan jumlah yang besar, memilih Do‘ā ini untuk dibaca dalam perjalanan ke Masjid. Sebahagian 'ulama menetapkannya untuk bacaan dalam Solat Subuh sahaja. Namun dengan kajian yang meluas, sebahagian 'ulama' yang lain pula menyimpulkan bahawa do‘ā ini dibaca ketika Iftitah dan Sujūd atau penghujung Solāt sebelum mengucapkan at-Tasleem/as-Salām. Sila lihat Fatḥ al-Bārī 11/117 karya al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī dan al-Baḥr al-Muḥīṭ: 51/16 karya Syeikh Muḥammad al-Itsyoubī]
Comments
Post a Comment