07. Doa ketika masuk ke masjid; Masjid Nabawi, Masjidil Haram, MasjilAqsa dan lainnya

Dengan langkah kanan memasuki bangunan Masjid, bacalah:

بِـسْـمِ اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى رَسُـوْلِ اللهِ ، 

اَللَّـهُمَّ افْـتَـحْ لِـيْ أَبـْوَابَ رَحْمَـتِكَ


maksudnya: “Dengan nama Allah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, bukakanlah bagi ku pintu-pintu rahmat Mu.” [1]

Perhatian: sebaik sahaja memasuki Masjid Aqsa atau Masjid an-Nabawi, lakukanlah 2 rakaat solat Tahiyatul Masjid (MasjidilHaram ada penjelasan lanjutan).  Adapun untuk Masjid Nabawi, sebaik-baiknya di ar-Raudhah [terletak di antara kubur Nabi sollallaahu 'alayhi wa sallam (asalnya kedudukan rumah Rasulullah bersama isteri baginda, 'Aisyah) dengan Mimbar Nabi sollallaahu 'alayhi wa sallam.

Berkenaan ar-Raudhah ini, baginda pernah menjelaskan kelebihannya (maksudnya): Di antara rumah ku dan mimbar ku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga [2]





[1]  Riwayat Muslim: 1/494
[2] Riwayat al-Bukhariy: 3/70 dan Muslim: 2/1010 – namun tidak bererti ada apa-apa petunjuk pada hadis ini bahawa doa di tempat ini mustajab, malah yang utama adalah solat sunnat padanya. Adapun solat Fardu maka yang lebih utama adalah saf paling hadapan dan sebelah kanannya sebagaimana penjelasan ramai ulama terkemuka berpandukan hadis-hadis sahih.

Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.