15. (iv) Bersyarat ketika Niat dan Ihram untuk Umrah/Haji
Bersyarat bagi yang khuatir
sakit/terhalang
< فـَإِنْ
حَـبَسَـنِي حَـابِـسٌ فَمَحِـلِّي حَـيْثُ حَـبَـسْـتَـنِي >
Biasanya mereka yang berpegang pada kefahaman bahawa “Wanita haid tidak boleh jatuhkan niat” mengajarkan syarat ini kepada wanita yang bersih ketika ihram tetapi khuatir akan mengalami haid sebelum sempat melakukan Tawaf atau Umrahnya.
Perkara
ini digalakkan untuk dilakukan oleh orang yang sakit ketika akan berihram atau
yang diselubungi kekhuatiran tidak dapat menyempurnakan umrah/hajinya. Nabi sollalLahu 'alayhi wa sallam mengajarkan agar ia mengucapkan sejurus selepas berniat ihram:
< فـَإِنْ
حَـبَسَـنِي حَـابِـسٌ فَمَحِـلِّي حَـيْثُ حَـبَـسْـتَـنِي >
Ertinya:
jika aku dihalangi oleh suatu halangan (sehingga tidak mampu menyempurnakan
umrah/haji yang telah aku niatkan ini) maka tempat aku bertahallul (halal daripada
segala pantang larang ihram) adalah di mana sahaja Kau jadikan aku terhalang
(menyempurnakan ibadah ini) [1]
Biasanya mereka yang berpegang pada kefahaman bahawa “Wanita haid tidak boleh jatuhkan niat” mengajarkan syarat ini kepada wanita yang bersih ketika ihram tetapi khuatir akan mengalami haid sebelum sempat melakukan Tawaf atau Umrahnya.
Comments
Post a Comment