17. Apa yang dilakukan sebaik tiba di Mekkah
Ketika memasuki kota Mekkah lakukanlah yang berikut:
i. berehat agar dapat kembalikan kekuatan sebelum memulakan ibadah umrah.
ii. Sekiranya mampu, mandi untuk mengembalikan rasa segar tanpa menggunakan wangian seperti sabun. Begitu pula, tiada salahnya menanggalkan pakaian ihram untuk mandi atau untuk menyalinnya dengan pakaian ihram yang baru.
Jika perlu makan, maka makanlah yang syarat untuk usaha menambahkan tenaga sewaktu ibadah. [1]
Sunnahnya Rasulullah berehat dan tidur satu malam ketika tiba di Mekkah sebelum memulakan amalan Manasik Umrah dan pada paginya sekitar waktu Dhuha, barulah baginda mulai amalan 'Umrah, di Masjidil Haram, iaitu Tawaf dan seterusnya.
Namun lumrahnya para jemaah diselubungi perasaan khuatir melanggar perkara-perkara yang dilarang ketika dalam keadaan Ihram serta rasa kurang selesa dan serba tidak kena untuk bermalam dalam keadaan demikian, maka tiada salahnya untuk melaksanakannya setelah berehat seketika.
Comments
Post a Comment