13. Berihram untuk Umrah - Niat Memulakan keadaan Ihram, selaku Tetamu Allah
Apabila telah menaiki semula kenderaan selepas persinggahan di Miqat Dzil Hulaifah, ketika kenderaan mula bergerak meninggalkan Masjid Miqat (dengan Niat di hati, berihram untuk melaksanakan 'Umrah), ucapkanlah pengisytiharaan memulakan Ihram untuk melaksanakan umrah (bukan melafazkan niat) sebagai berikut:
لَـبَّـيْكَ اللَّـهُمَّ عُمْـرَةً
maksudnya: “Aku menyahut seruan Mu Ya Allah, dengan melakukan ibadah umrah.”
(Kata Ibn ‘Umar meriwayatkan: Tiadalah Rasulullah memulakan keadaan berihram kecuali daripada sebatang pokok iaitu ketika unta baginda hendak mula bergerak (meninggalkan Miqat). [1]
[Ada juga riwayat lain yang sahih yang menyebutkan: لَـبَّـيْكَ عُمْـرَةًاللَّـهُمَّ namun dipilih lafaz di atas kerana ia mirip lafaz permulaan Talbiah agar mudah diingati para jemaah]
[Ada juga riwayat lain yang sahih yang menyebutkan: لَـبَّـيْكَ عُمْـرَةًاللَّـهُمَّ namun dipilih lafaz di atas kerana ia mirip lafaz permulaan Talbiah agar mudah diingati para jemaah]
Ada riwayat lain menyebutkan niat Umrah atau Haji, bagi penduduk Madinah dan mereka yang melalui Miqat Dzulhulaifah, dimulakan ketika berada di dalam Masjid Dzulhulaifah dan ada pula yang menyebutkan, pengisytiharaan ini dilakukan ketika berada di dataran tinggi (sebuah bukit berdekatan dan laluan kenderaan; kereta, bas dsbgnya hari ini) sejurus selepas meninggalkan Miqat Dzulhulaifah.
Yang disebutkan dengan riwayatnya ini adalah yang pertengahan, bukan di dalam Masjid dan bukan pula setelah meninggalkan kawasan Masjid Miqat.
Sila rujuk "Niat tempatnya di hati bukan lidah"
Yang disebutkan dengan riwayatnya ini adalah yang pertengahan, bukan di dalam Masjid dan bukan pula setelah meninggalkan kawasan Masjid Miqat.
Sila rujuk "Niat tempatnya di hati bukan lidah"
WalLaahua'lam.
Masjid DzulHulaifah@Miqaat & Wadi@Lembah 'Aqeeq
[1] Riwayat al-Bukhariy: 3/412 (no: 1552, 1541, 1554), Muslim: 2/843 (no:1186).
Comments
Post a Comment