Tunaikan Haji atau Umrah tanpa Ziarah ke Madinah

Tiada salahnya dan bukan dari kurang adab atau Ibadah Haji dikira "kurang" atau "ada cacat cela" bilamana seseorang jemaah Haji atau Umrah, tidak menziarahi kota suci Madinah dan Masjid Nabawi dan sekali gus kubur Nabi dan lainnya, sebelum atau selepas perlaksanaan Ibadah Haji.

Berikut penjelasannya daripada seorang alim terkemuka berkenaan persoalan ini.

Kata asy-Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Utsaimien:
"فيسن للحاج و غيره زيارة مسجد النبي و الصلاة فيه قبل الحج أو بعده ، و ليست هذه الزيارة من شروط الحج و لا أركانه و لا واجباته و لا تعلق لها به" 
“Disunnatkan bagi orang yang telah melaksanakan Haji dan lainnya untuk menziarahi Masjid Nabi dan melaksanakan solat di dalamnya samada sebelum perlaksanaan Haji atau selepasnya dan ziarah ini bukannya daripada syarat-syarat (sah) haji, bukan pula daripada rukun-rukunnya atau wajib-wajibnya bahkan tiada kaitan langsung dengannya…” [1]
______________________________

[1] Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah wa al-Masyru‘ fie az-Ziyarah hlm. 119 

Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.