20. Doa ketika melihat Ka'abah al-Musyarrafah

Di sisi Kaabah


Perhatian: Tiada doa tertentu ketika melihat Kaabah kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi sollalLahu 'alayhi wa sallam. Pada ketika ini hendaknya diberhentikan bacaan Talbiah.

Apabila melihat Ka'abah, dibolehkan mengangkat kedua belah tangan[1] sebagaimana yang dilakukan oleh Ibn ‘Abbas  dan berdoa dengan doa ‘Umar:

<   اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ >
    
    maksudnya: “Ya Allah Engkaulah As-Salaam, daripada Mu keselamatan dan hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan keselamatan.” [2]

Bagi kaum lelaki, hendaknya memakai ihram cara ‘idhthiba’ (mendedahkan bahu kanan dengan menyelitkan hujung kanan kain ihram dari bawah ketiak dan disangkutkan pada bahu kiri) selama di dalam tawaf 7 pusingan.




[1] Perbuatan Ibn ‘Abbas dengan riwayat yang sahih. Adapun riwayat yang menyatakan ia daripada perbuatan Nabi, maka semuanya adalah  tidak sahih – Manasik al-Hajj wa ‘Umrah oleh al-‘Allamah al-Albaniy: 20
[2] Ibid.

Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.