21. Tawaf (tatacara perlaksanaannya)
Langsung menuju ke Hajar Aswad untuk mengucupnya dan memulakan Tawaf.
Sekiranya keadaan sesak, tidak mengizinkan kita untuk mengucupnya kecuali dengan menyakiti atau mengganggu jemaah yang lain, maka cukup dengan mengusapnya dengan tangan kanan, lalu mengucup tangan tersebut.
Jika tidak dapat mengusap, cukup dengan membuat isyarat dengan tangan kanan sahaja seperti bertakbir waktu solat dengan menghadap ke arah Hajar Aswad dan Kaabah, sambil berniat tawaf umrah dan mengucapkan:
< بِسْمِ اللهِ، اَللهُ أَكْبَرُ >
maksudnya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar.”[1]
Berpaling ke kanan mulakan tawaf.
Bagi kaum lelaki secara khusus, disunnatkan melakukan ‘raml’ yakni lari-lari anak dengan langkah yang kecil dan gerak bahu (hanya pada 3 pusingan yang pertama sahaja).
Bacalah apa saja dari ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafal, atau membaca zikir dan terutama sekali, banyakkan berdoa. Adapun doa tertentu pada setiap pusingan, maka tiada asalnya dari perbuatan Nabi sollalLaahu 'alayhi wa sallam. Maka doalah dengan doa sendiri kerana kita lebih mengetahui hajat kita masing-masing dan Allah Maha Memahami. [2]
Jika seseorang itu tidak dapat mengingati apa-apa doa tertentu, maka ia terus-terusan beristighfaar sahaja, ia juga dikira amalan yang sangat baik.
Jika seseorang itu tidak dapat mengingati apa-apa doa tertentu, maka ia terus-terusan beristighfaar sahaja, ia juga dikira amalan yang sangat baik.
Apabila sampai ke Rukun Yamani (maknanya Tiang/Sudut bangunan Ka'abah yang menghala ke Yaman) yakni rukun (tiang/bucu/sudut) terakhir sebelum Hajar Aswad, usaplah rukun tersebut dengan kedua tangan jika mampu. Jika tidak dapat mengusap Rukun Yamani, tidak perlu beri isyarat dengan tangan, malah tiada petunjuknya dan menjadi salah jika mengisyaratkan dengan tangan pada ketika ini.
Dari Rukun Yamani sampai ke Rukun Hajar Aswad, bacalah dan ulangilah doa ini:
رَبَّـنَـا آتِـنَـا فِي الدُّنْـيَا حَـسَـنَـةً وَ فِي الْآخِـرَةِ حَـسَـنَةً
وَ قِـنَا عَـذَابَ النَّـارِ
maksudnya: “Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab api neraka.”
[1] Ibid., Mursyid al-Mu‘tamir wa al-Haj wa az-Za-ir: hlm.88. Bacaan bismillah adalah riwayat daripada perbuatan Ibn ‘Umar dan tidak dapat dipastikan daripada perbuatan Nabi.
[3] Ibid; 89-92, Manasik al-Hajj wa ‘Umrah: 20-22
Mataf (Tempat Tawaf di sekitar Ka'abah) dan pengenalan bahagian-bahagiannya yang terpenting.
Perhatikan Rukun Hajar Aswad ada kerawang sulaman benang emas berbunga berupa ayat-ayat suci pada kelambunya, manakala Rukun atau Bucu/Sudut Ka'abah yang lain tiada sulaman berbunga, manakala Rukun Yamani pula ditandakan dengan Sulaman Tegak pada Kelambu Ka'abah (lihat Gambar bawah)
Meezab Ka'abah (Pancuran di Hijir Ismail) Tiada apa-apa fadhilat. Ada pihak yang keliru menyangka ada "barakah" minum air (bercampur najis burung) daripada palung ini ketika hujan dengan mengambil riwayat Ibn 'Abbaas yang menjelaskan keutamaan Hijir Isma'il dan minumannya orang-orang ahli kebajikan (al-Abraar) padahal minuman itu dijelaskan oleh Ibn 'Abbaas ialah Air Zam-Zam.
Comments
Post a Comment