22. Solat 2 Rakaat Selepas Tawaf

[1]Setelah selesai 7 pusingan, segera menuju ke Maqam Ibrahim untuk mendirikan 2 raka‘at Solat selepas Tawaf di belakangnya sambil membaca:

<  وَ اتَّخِذُواْ مِنْ مَّقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلًّى >
      
maksudnya: “Dan ambillah Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.”

Bacalah pada rakaat pertama setelah al-Fatihah, surah al-Kafirun 

قل يا أيها الكافرون dan pada rakaat kedua pula al-Ikhlas 

قل هو الله أحد”.


Perhatian: Adapun jika keadaan sesak, tiada salahnya melakukan solat sunnat tawaf di tempat lain. Sebab, jika solat kita mengganggu orang yang sedang bertawaf, kita akan berdosa dan solat kita juga akan terganggu. [2]

Setelah itu, minumlah air Zam-zam sambil berdoa dengan apa saja yang diingini dan kembali mengucup Hajar Aswad jika mampu. Jika tidak, tidak perlu beri isyarat.

Adapun bagi seseorang yang terbatal wudhu'nya (lelaki atau wanita) dan perlu perbaharui wudhu'nya untuk Solat 2 Rakaat selepas Tawaf, maka ia dapat mengambil wudhu' sama ada dengan memanfaatkan air zam-zam ataupun ia pergi ke tempat berwudhu' di bawah tangga dan tangga bergerak (escalator) yang menghala ke King Abdul Aziz Gate, King Fahd Gate dalam bangunan Masjidil Haram (dari Ka'abah bahagian antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad). sila lihat gambarnya berikut:
Tempat wudhu' di bawah tangga. Tempat Wudhu' Muslimaat ada Tabir/Langsir di bawah tangga berhampiran. 



[1] Sebagaimana yang diperincikan dalam Mursyid al-Mu‘tamir wa al-Haj wa az-Za-ir: hlm.93.
[2] Ibid., Bughyat al-Mutatawwi‘ fi Solat at-Tatawwu‘ (terjemahan): 189-190


Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.