26. Solat Jenazah
Panduan Perlaksanaan Solat Jenazah (hanya berdiri tiada Ruku' dan Sujud):
1. Dengan Niat di hati (solatkan jenazah), rapatkan saf kanan-kiri, mengangkat kedua tangan untuk Takbir pertama sahaja
2. Takbir Pertama: Membaca al-Fatihah
3. Takbir Kedua: Berselawat;
"Ya Allah, selawat ke atas Muhammad, dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas [Ibrahim dan ke atas] keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. (Dan) Berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berkati ke atas [Ibrahim dan ke atas] keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia."[1]
4. Takbir Ketiga: Mendoakan si Mati (tidak perlu tukarkan lafaznya; lelaki atau perempuan, dengan niat solatkan "si mati");
“Ya Allah, ampunkanlah ia dan rahmatilah ia, sejahterakanlah ia serta maafkanlah ia, muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah liang kuburnya. Sucikanlah ia dengan air, salju dan air batu serta bersihkanlah ia daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan (di dalam riwayat lain: dibersihkan) baju yang putih daripada segala kotoran. Gantikanlah tempat tinggalnya dengan yang lebih baik, ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan/isteri yang lebih baik daripada pasangannya dan masukkanlah ia ke dalam syurga serta peliharalah ia daripada azab kubur dan azab api neraka.” [2]
Boleh juga baca doa berikut, terutama jika solatkan an kecil iaitu bila diserukan:
الصلاة على الطفل...
dan doa ini lafaznya umum sesuai untuk semua jenazah; sama ada lelaki, perempuan, dewasa ataupun anak kecil:
اللَّـهُـمَّ اغْـفِـرْ لِـحَـيِّـنَـا وَ مَـيِّـتِـنَـا وَ شَـاهِـدِنَـا
وَ غَـائِـبِـنَـا، وَ صَـغِـيْـرِنَـا وَ كَـبِـيْـرِنَـا ،
وَ ذَكَـرِنَـا وَ أُنْــثَـانَـا، الـلَّـهُـمَّ مَـنْ أَحْـيَـيْـتَـهُ
مِـنَّـا فَـأَحْـيِـهِ عَـلَى الْإِسْـلاَمِ ، وَ مَـنْ تَـوَفَّـيْـتَـهُ
مِـنَّـا فَـتَـوَفَّـهُ عَلَى الْإِيْـمَـانِ ، اللَّـهُـمَّ لاَ تَـحْـرِمْـنَـا
أَجْـرَهُ ، وَ لاَ تُـضِـلَّـنَـا بَـعـْـدَهُ
{Ya Allah, ampunkanlah bagi mereka yang masih hidup dalam kalangan kami mahupun yang telah mati, yang menyaksikan (hadir bersama) dan
yang tiada bersama kami, yang muda mahupun yang tua di antara kami, yang lelaki
mahupun wanitanya. Ya Allah, sesiapa di antara kami yang Kau hidupkan, maka
hidupkanlah ia atas Islam dan sesiapa yang Kau matikannya maka matikanlah ia
atas iman. Ya Allah, janganlah Engkau haramkan ganjarannya ke atas kami dan
usah pula Kau sesatkan kami selepasnya}.”[3]
5. Takbir Keempat: Memberi Salam 1 kali (paling muka ke bahu kanan sahaja) atau 2 kali (kanan dan kiri), yang penting ikut imam dan tidak menyelisihinya.
5. Takbir Keempat: Memberi Salam 1 kali (paling muka ke bahu kanan sahaja) atau 2 kali (kanan dan kiri), yang penting ikut imam dan tidak menyelisihinya.
Daripada Ibn Mas‘ud: “Tiga perkara yang Rasulullah biasa melakukannya dan telah ditinggalkan oleh manusia. Salah satu daripadanya adalah memberi salam di dalam solat jenazah sepertimana memberi salam dalam solat lainnya.”[4]
Mengangkat kedua Tangan ketika Takbir yang Kedua hingga Akhir adalah perkara perselisihan pendapat 'ulama' kembali kepada perbezaan penilaian mereka terhadap riwayat-riwayat.
Mengangkat kedua Tangan ketika Takbir yang Kedua hingga Akhir adalah perkara perselisihan pendapat 'ulama' kembali kepada perbezaan penilaian mereka terhadap riwayat-riwayat.
[1] HR al-Bukhariy, Muslim, an-Nasa-i (‘Amal al-yaum wa al-Laylah: 162/54) dan lainnya
[2] HR daripada Sahabat ‘Auf bin Malik oleh Imam-imam Muslim (3/59-60), an-Nasa-i (1/271), Ibn Majah (1/4256), Ibn al-Jarud (264-265), al-Baihaqiy (4/40), at-Tayalisiy (999) dan Ahmad (6/23,28). Lafaz periwayatan ini di sisi Imam Muslim.
[3] HR Imam-imam Ibn Majah (1/456) dan Al-Baihaqiy (4/41) daripada asal sanad yg sama. Imam Abu Dawud (2/68), at-Tirmidzi (2/141), Ibn Hibban (757-Mawarid), al-Hakim (1/358) dan Ahmad (daripada sanad yang lain). Sahih menurut syarat kedua asy-Syeikhain (al-Bukhariy dan Muslim) dengan disetujui oleh adz-Dzahabi. Hadis ini ada syahidnya daripada hadis Ibn ‘Abbas.
[4] Riwayat Imam al-Baihaqiy (4/43) dengan sanad yang Hasan. Hadis Abu Hurairah:“Bahawasanya Rasulullah melakukan solat jenazah bertakbir 4 kali dan memberi salam sekali sahaja.” Riwayat al-Imam ad-Daraqutniy (191), al-Hakim (1/360) dan al-Baihaqiy (4/43).
Comments
Post a Comment