23. Sa’ie (tatacara perlaksanaannya)
Menuju ke Bukit Safa untuk bersa‘ie
رَبِّ اغْفِرْ وَ ارْحَمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ
[1]Berpandukan papan tanda berlampu "To Mas'aa" di tembok Masjidil Haram bertentangan dengan Rukun Iraqi (sila lihat gambar ini), bergerak ke Bukit as-Safa untuk melakukan Sa‘ie.
Pastikan anda ada menaiki atau mendaki tanjakan untuk ke Bukit as-Safa, sebab anda berkemungkinan terpisah dengan teman-teman jemaah yang lain dan melakukan Sa'ie di bawah (basement), jika tidak melalui tanjakan (ramp/slope) tersebut. Melakukan Sa'ie di tempatnya yang asal adalah lebih utama, iaitu di Aras G (Ground Floor) adalah lebih baik, sebagaimana melaksanakan Tawaf sedekat mungkin dengan Ka'abah (tetapi tidak pula sampai menempel dan berpijak di Syarzawan, kerana itu menjadikan Tawaf batal, tidak sah kerana dikira sebagai tidak mengelilingi Ka'abah).
Tempat melakukan Sa'ie atau Mas'aa sebenarnya berada di luar bangunan MasjidilHaram, hanyasanya bumbungnya bercantum. Dengan itu, bererti seorang yang di dalam keadaan junub boleh berada di tempat Sa‘ie.
Demikian pula, sesiapa yang telah batal wudu’nya boleh melakukan Sa‘ie kerana ia bukan syarat sah Sa'ie. Begitu juga wanita yang didatangi haidnya secara tiba-tiba sebaik sampai di tempat Sa‘ie ataupun ketika sedang Sa‘ie, ia dapat meneruskan Sa‘ienya dan dikira sah.[2] Namun, adalah lebih baik berada di dalam keadaan bersuci bagi yang mampu kerana berzikir dan berdoa dalam keadaan suci lebih baik.

Sebaik sahaja sampai di kaki Bukit as-Safa, (iaitu selepas menuruni beberapa anak tangga dan menuju ke Bukit as-Safa) bacalah sewaktu mendaki:
أَبْـدَأُ بِمَا بَـدَأَ اللهُ بِـهِ
maksudnya: “Sesungguhnya (bukit) as-Safa dan al-Marwah adalah di antara Syiar-syiar kebesaran Allah. Maka barangsiapa yang mengerjakan haji ke Baitullah atau berumrah maka tiada salah atas dirinya untuk bersa’ie di antara keduanya. Dan barangsiapa yang berusaha melakukan kebaikan maka Allah adalah Maha Bersyukur lagi Maha Mengetahui. Aku mulakan dengan apa yang dimulakan Allah.”
Ketika berada di atas Bukit as-Safa, dengan niat yang dihadirkan di dalam hati, berniat melaksanakan Sa'ie Umrah, sambil menghadap Kaabah mulakanlah bacaan ini:
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ، وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَ يُمِيْتُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَ نَصَرَ عَبْدَهُ، وَ هَزَمَ
الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
maksudnya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha Esa tiada yang sebanding denganNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian adalah untukNya, Dia Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang hak selain Allah yang Esa, Menyempurnakan JanjiNya, Menolong hambaNya, Menewaskan puak-puak Ahzaab Sendirian.”
Ulangi bacaan ini 3 kali di selang seli dengan doa setiap 1 kali selesai membacanya, ataupun selesaikan 3 kali, kemudian berdoa dengan apa yang dihajatkan dengan mengangkat kedua belah tangan jika keadaan tidak mengizinkan untuk berada lama di situ.
Setelah itu, turun dari as-Safa dengan mengambil laluan kanan mengikut arus manusia, menuju ke Bukit Marwah.
Apabila sampai di deretan lampu hijau (di tiang dan bumbung) yang pertama, bagi kaum lelaki sahaja, lakukanlah sa’yi yakni berlari dengan laju dan cergas (tanpa menimbulkan mudharat) sehinggalah sampai ke lampu hijau yang kedua. Setelah itu teruskan dengan berjalan sampai ke Marwah.
Sebahagian ulama mengajarkan kita membaca doa:
رَبِّ اغْفِرْ وَ ارْحَمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ
maksudnya: Tuhan ku, ampunilah dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Agung lagi Maha Pemurah.”
sepanjang perlaksanaan sa’ie (bukan ketika berlari) kerana benar ia dari perbuatan Ibn ‘Umar dan Ibn Mas‘ud . Namun, dibolehkan untuk membaca doa-doa yang lain menurut hajat masing-masing. Boleh juga membaca Al-Quran dan zikir lainnya.
Ketika mendaki Bukit Marwah, jangan membaca:
< إن الصفا و المروة ...>
sekali lagi, kerana ia bukan dari amalan Nabi atau Sahabat.
Sewaktu berada di Bukit al-Marwah lakukanlah seperti apa yang dilakukan semasa berada di Bukit as-Safa:
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَ يُمِيْتُ، وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَ نَصَرَ عَبْدَهُ، وَ هَزَمَ
الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
maksudnya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha Esa tiada yang sebanding denganNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian adalah untukNya, Dia Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang hak selain Allah yang Esa, Menyempurnakan JanjiNya, Menolong hambaNya, Menewaskan puak-puak Ahzaab Sendirian.”
*Ulangi bacaan ini 3 kali, kemudian berdoa dengan apa yang dihajatkan dengan mengangkat kedua belah tangan.
Dengan itu, satu pusingan dari 7 pusingan telah dilaksanakan. Begitulah seterusnya, bila sampai ke Bukit as-Safa semula dikira sebagai telah menyempurnakan pusingan yang kedua.
Ringkasnya : as-Safa ke al-Marwah = 1, al-Marwah ke as-Safa = 2, as-Safa ke al-Marwah semula = 3, demikian sehingga berakhir di al-Marwah pada pusingan yang ketujuh.
Setelah itu turun dari Bukit Al-Marwah dan berjalan menuju ke Bukit as-Safa. Apabila sampai di deretan lampu hijau (di tiang dan bumbung) yang pertama dari arah al-Marwah pula, bagi kaum lelaki sahaja, lakukanlah sa‘yu sekali lagi sebagaimana sewaktu datang dari arah as-Safa. Cuma kali ini, lampu hijau yang pertama dari arah as-Safa menjadi petanda yang kedua dari arah Al- Marwah. Di situ berhentikan larian. Lalu, teruskan berjalan sampai ke Bukit as-Safa dan lakukan sepertimana yang dilakukan setiap kali sampai di bukit Safa ataupun Marwa.
Perhatian: Apabila telah selesai Pusingan ke-7 yang berakhir di Marwah, hendaklah berdiri menghadap kiblat sekali lagi untuk zikir dan doa seperti yang dilakukan setiap kali sampai di Bukit Safa dan Marwah.
Setelah sempurnakan keseluruhan amalan Sa'ie, biasanya para jemaah diminta untuk berkumpul di luar Pintu Mud'ah atau Pintu no: 25, untuk diajak pergi bergunting atau bercukur dan kembali ke Hotel. Sila lihat Gambar Pintu tersebut

[2] perkara no: 14 bahagian “c”.
Ketika mendekati Bukit Safa, selepas turun tangga, pada tempat ini dimulakan bacaan ayat "إن الصفا و المروة" berserta niat.
Bab Mud'ah iaitu Pintu sebelah kanan Bukit Marwah (jika dilihat bila datang dari Safa)
Di luar pintu ini, jauh sedikit agar tidak mengganggu orang lain keluar masuk, jemaah berkumpul untuk dibawa para jemaah lelaki untuk bercukur atau bergunting kemudian pulang ke penginapan sementara kaum Muslimat akan bergunting di Bilik Hotel.
Ketika mendekati Bukit Safa, selepas turun tangga, pada tempat ini dimulakan bacaan ayat "إن الصفا و المروة" berserta niat.
Lampu Hijau Petanda tempat melakukan larian cergas.
Di luar pintu ini, jauh sedikit agar tidak mengganggu orang lain keluar masuk, jemaah berkumpul untuk dibawa para jemaah lelaki untuk bercukur atau bergunting kemudian pulang ke penginapan sementara kaum Muslimat akan bergunting di Bilik Hotel.
Comments
Post a Comment