P. Ketika Meninggalkan Kota Suci Madinah - Tiada "Ziarah Wada'" dan Tiada sampaikan "Kirim Salam Nabi"
بسم
الله ، والحمد لله و الصلاة و السلام على من لا نبي بعده ، و على آله و صحبه و من
تبع هداه
أما بعد،
Para pembaca budiman sekalian, setelah beberapa hari kita berada di bumi suci Tanah Haram Kota Madinah, ketika kita hendak berangkat meninggalkan Kota Madinah untuk pulang atau ke Mekkah ataupun ke tempat lain, usahlah kita melakukan perkara yang melanggar larangan Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam.
Malangnya, ini dilakukan oleh ramai orang dengan sangkaan mereka bahawa itu suatu kebaikan atau Adab, iaitu dengan melakukan apa yang distilahkan dengan “Ziarah Wada‘”. Malah ada yang melakukan qiyas yang batil demi menyokong perbuatannya yang silap ini dengan kesimpulan “Jika sewaktu meninggalkan Kota Mekkah kita melakukan Tawaf Wada‘, maka ketika meninggalkan Kota Madinah kita melakukan “Ziarah Wada‘”. “Ziarah Wada‘ yang mereka maksudkan ialah menziarahi Kubur Nabi untuk Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam di samping menyampaikan salam setiap pihak yang telah menitipkan kiriman salam kepadanya untuk disampaikan kepada Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam. Lebih buruk lagi ialah perbuatan berdoa meminta kepada Rasulullah sollalLaahu ‘alayhi wa sallam atau bertawassul (menjadikan perantara) dengan kedudukan baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam yang merupakan suatu yang terlarang sebenarnya.
Jika dikatakan “Adab” terhadap Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam, maka sepatutnya kita mengikuti cara beradab terhadap baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam yang telah dicontohkan oleh golongan manusia yang paling Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam redhai dengan pasti iaitu para Sahabat, malah Allah telah meredhai mereka dengan ketaatan dan kesetiaan serta Adab mereka kepada baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam. Malangnya, dalam kalangan mereka yang menyibukkan dirinya menunjukkan Adab dengan melakukan Ziarah Wada‘ ini, ada yang masih meninggalkan Solat Fardhu atau mengabaikan waktunya, Puasa Wajib, Zakat Harta dan melakukan berbagai dosa seperti meminum arak, celupar kata-katanya, tidak memenuhi hak sesama muslimin, mengambil dan memakan harta yang tidak halal baginya seperti riba dan lain-lainnya. Di manakah Adab mereka ini yang tidak mempedulikan suruhan dan tegahan Rasulullah sollalLaahu ‘alayhi wa sallam?!
Para Sahabat sebagai golongan, yang Allah
telah redhai dan rakamkan dalam al-Quran, sebagai umat Nabi yang paling mencintai
Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa
sallam yang paling taat dan telah membuktikan kesetiaaan
mereka dengan membela Nabi sollalLaahu
‘alayhi wa sallam dan sanggup mengorbankan segala
yang mereka ada termasuk harta dan jiwa raga mereka, yang paling merindui Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam dan tentunya yang paling merasakan kepiluan sejak pemergian,
wafatnya Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam, namun mereka tidak melanggar, malah memahami dan mengamalkan
sesuai pesanan Nabi sollalLaahu
‘alayhi wa sallam mengenai Sikap dan Adab berhubung Kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam iaitu:
اللَّهُمَّ
لَا تَجْعَلْ
قَبْرِي وَثنًا
يعْبَدُ
Ertinya: “Ya Allah, janganlah Engkau
biarkan kuburku menjadi suatu berhala yang disembah.”
[HR Imam Maalik dalam al-Muwattho’: no: 592 secara mursal daripada ‘Atho’ dan diriwayatkan dengan sanad bersambung (yang kuat di sisi para ahli hadis) daripada Abu Hurairah oleh Imam Ahmad (12/314) tanpa lafaz “يُعْبَدُ” dan dihukumkan Sahih oleh al-Albaaniy dalam Tahdzier as-Saajid hlm.24)
Antara perkara yang menjadikan kubur
Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa
sallam seperti “berhala” iaitu apabila ada yang
berdoa meminta kepada Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam padahal doa itu satu bentuk Ibadah dan hanya layak ditujukan dan
dimintakan kepada Allah sebagaimana terlalu banyak ayat al-Quran menjelaskan doa
hanya kepada Allah dan doa itu Ibadah.
Firman Allah:
وَأَنَّ ٱلْمَسَٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ ٱللَّهِ أَحَدًا
“Dan sungguh masjid-masjid itu dibina untuk (ibadah kepada) Allah, maka jangan kamu berdoa (meminta dan beribadah kepada Allah) bersama dengan sesuatu/sesiapa pun yang lain” Surah al-Jin: 18 dan dalam solat ketika membaca Surah al-Faatihah kita berikrar menyatakan: “Hanya kepada Mu kami beribadah.”
Selain berdoa,
menjadikan kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam umpama berhala ialah
dengan mengulang-ulangi ziarahnya, sebab Rasulullah sollalLaahu ‘alayhi wa
sallam telah melarang dan para Sahabat mematuhi larangan ini:
لا
تجعلوا قبري عيدا
“Jangan kamu menjadikan kubur ku suatu “‘Eid”.”
Maksud ‘Eid, yang boleh dieertikan “sesuatu
yang berulang dan diulang-ulangi” sebagaimana halnya “Eidul Fitri dan ‘Eidul
Adha” meliputi waktu, tempat serta acara sebab Hari Raya misalnya ialah Hari
yang diraikan berulang setiap tahun, disambut dengan perhimpunan beramai-ramai
dan ada acara atau upacara tertentu. Oleh itu, segala bentuk tersebut iaitu “berkumpul
dan berhimpun untuk meraikan di satu tempat dan di satu masa dengan acara atau upacara
tertentu lalu diulang-ulangi” semestinya dielakkan demi mengelakkan larangan
Rasulullah sollalLaahu ‘alayhi
wa sallam berkenaan dengan kubur baginda. Sungguh dikebumikannya Rasulullah sollalLaahu ‘alayhi wa sallam di dalam hujrah yakni bilik ‘A-isyah mengandungi hikmah yang amat
besar dan itu dengan kemahuan baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam sendiri,
sehingga kubur baginda terpelihara dan terjaga. Kata A-isyah:
قَالَتْ عَائِشَةُ : وَلَوْلَا
ذَلِكَ لَأَبرَزَ قَبْرَهُ
وَلَكِنَّهُ كَرِهَ
أَنْ يتَّخَذَ
مَسْجِدًا أَخْرَجَاهُ فِي
الصَّحِيحَيْنِ
“Jika idak kerana demikian (sebabnya – yakni
Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa
sallam tidak mahu kubur baginda dijadikan berhala)
tentunya telah dibiarkan kubur baginda nyata tidak terselindung akan tetapi
baginda membenci jika ia kelak dijadikan masjid (tempat ibadah)” diriwayatkan
oleh asy-Syaikhān, al-Bukhāriy dan Muslim
Sabda Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam:
ما
قبض الله نبيا إلا في الموضع الذي يحب أن يدفن فيه
“Tiada seorang nabi pun yang Allah ambil
nyawanya, kecuali di tempat di mana ia suka untuk dikebumikan, maka mereka pun
mengebumikan baginda di tempat pembaringan baginda.”
[HR Riwayat at-Tirmidzi (2/129) dan ulas beliau: Hadis Gharieb dan ‘Abdur Rahman bin Abi Mulaikah seorang perawi lemah hafazannya. Kata al-Albaniy: Akan tetapi sebenarnya ia sebuah hadis yang sabit (terbukti ketulenannya) dengan adanya banyak jalan periwayatan lainnya. Ia telah diriwayatkan juga oleh Ibn Majah (1/498, 499), Ibn Sa‘ad (2/71), Ibn ‘Adiy (al-Kamil: – manuscript – 94/2 daripada Ibn ‘Abbas daripada Abu Bakar, Ibn Sa‘ad dan Ahmad (no: 27) daripada 2 jalan periwayatan yang munqati‘ (terputus sanadnya) daripada Abu Bakar juga. Al-Imam Malik (1/230) dan daripada beliau Ibn Sa‘ad meriwayatkannya secara “balaghan” (seiras mursal) dan Ibn Sa‘ad meriwayatkannya dengan sanad yang Sahih daripada Abu Bakar juga secara Mauquf dan ringkas namun ia dirumpunkan dalam hukum Marfu‘ dan demikian juga at-Tirmidzi dalam (asy-Syama-il: 2/272) ketika mengisahkan peristiwa kewafatan baginda. Kata al-Hafiz Ibn Hajar (1/420): Isnadnya Sahih, cuma ia Mauquf dan yang sebelumnya pula lebih jelas dalam menyampaikan maksud kisah. Maka jika diandaikan dengan kesimpulan bahawa pengebumian baginda di rumah baginda adalah suatu pengkhususan buat diri baginda, kesimpulan tersebut masih hampir kepada kebenaran manakala yang lain terlarang untuk diperlakukan demikian dan ia juga suatu kesimpulan yang paling bernas sebab perbuatan mengebumikan (jenazah lain) secara berterusan di rumah, menjadikan rumah itu akhirnya bertukar menjadi kuburan yang dengannya solat di rumah tersebut pun menjadi suatu perkara yang dibenci (Syari‘at)]
Para Sahabat telah mencontohkan Adab terhadap baginda di samping mengelakkan segala yang menjadikan kubur baginda menjadi suatu ‘Eid.
Riwayat-riwayat berikut ini mengajarkan
kita contoh yang ditunjukkan dan diajar oleh para Sahabat dan yang mewarisi
ajaran Nabi dan para Sahabat dengan sebaik-baiknya.
Syaikhul Islam rahimahullaah (wafat 728H)
menjelaskan:
وَكَانَ عَبْدُ
اللَّهِ بْنُ
عُمَرَ يَقُولُ
إذَا دَخَلَ
الْمَسْجِدَ : السَّلَامُ عَلَيْك
يَا رَسُولَ
اللَّهِ السَّلَامُ عَلَيْك
يَا أَبَا
بَكْرٍ السَّلَامُ عَلَيْك
يَا أَبَتِ
ثُمَّ يَنْصَرِفُ وَهَكَذَا
كَانَ الصَّحَابَةُ يُسَلِّمُونَ
عَلَيْهِ وَيُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ
مُسْتَقْبِلِي الْحُجْرَةِ مُسْتَدْبِرِي
الْقِبْلَةِ عِنْدَ
أَكْثَرِ الْعُلَمَاءِ كَمَالِكِ
وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَد... وَمِنْهُمْ
مَنْ قَالَ
يَجْعَلُهَا عَنْ
يَسَارِهِ وَاتَّفَقُوا عَلَى أَنَّهُ لَا
يَسْتَلِمُ الْحُجْرَةَ وَلَا يُقَبِّلُهَا وَلَا
يَطُوفُ بِهَا
وَلَا يُصَلِّي
إلَيْهَا
“Abdullaah bin ‘Umar (Radhiyallaah ‘anhuma) apabila masuk ke masjid (Nabawi) (menziarahi kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam dengan) mengucapkan: Assalaamu ‘alayka ya RasuulalLaah, Assalaamu ‘alayka ya Aba Bakrin, Assalaamu ‘alayka ya abati (wahai bapa ku – yakni bapa beliau Umar bin al-Khattaab), kemudian beliau beredar. [HR Imam Maalik dalam al-Muwattho’] Begitu juga para Sahabat (lain) mengucapkan salam kepada baginda dengan menghadap al-hujrah (bilik rumah baginda bersama ‘Aisyah, tempat jasad mulia baginda disemadikan) dan membelakangkan kiblat, sebagaimana ajaran kebanyakan ‘ulama seperti (para imam) Maalik, asy-Syafi‘ie dan Ahmad. Ada sebahagian yang lain mengajarkan agar menjadikan hujrah di sebelah kirinya dan mereka bersepakat agar ia (bahagian mana pun hujrah itu) tidak disentuh atau dikucup dan tidak pula tawaf kelilingnya serta tidak pula solat menghadapnya.” [Majmuu‘ Fataawa Juz 26 hlm 146-148 – dengan olahan dan ringkasan]
وروى سعيد بن منصور في سننه
أن عبد الله بن حسن بن حسن بن علي بن أبي طالب رأى رجلا يكثر الاختلاف إلى قبر
النبي صلى الله عليه وسلم، قال له: يا هذا، إن رسول الله صلى الله
عليه وسلم: قال: لا تتخذوا قبري عيدا، وصلوا علي حيثما كنتم، فإن صلاتكم تبلغني.
فما أنت ورجل بالأندلس منه إلا سواء
Sa‘eed bin Manshour telah meriwayatkan
dalam Sunannya bahawa ‘Abdullah bin Hasan bin Hasan bin ‘Aliy bin Abi Tholib
melihat seorang lelaki berulang kali datang ke kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam, maka ia pun menegurnya: Wahai awak ni, sesungguhnya Rasululullah sollalLaahu ‘alayhi wa sallam telah berpesan bersabda:
“لا تتخذوا قبري عيدا، وصلوا
علي حيثما كنتم، فإن صلاتكم تبلغني”
“Jangan kamu menjadikan kubur ku (diulang-ulangi ziarahnya dan tidak pula menjadikannya tempat berhimpun dan) perayaan, malah berselawatlah ke atas ku di mana sahaja kamu berada kerana sesungguhnya selawat kamu sampai kepada ku” tiada bezanya malah sama sahaja diri anda (yang sedang berada di sisi kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam) berbanding seseorang yang berada di Andalus (Spain) (dalam mengucapkan selawat dan salam kepada baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam)
Imam Sa‘eed juga menyebutkan: (dengan
sanadnya) daripada Suhayl bin Abi Suhayl katanya: al-Hasan bin al-Hasan in ‘Aliy
bin Abi Tholib melihat ku di sisi kubur (Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam), lalu beliau memanggilku sedang beliau berada di rumah Fatimah untuk makan
malam, beliau pun berkata: Mari kita makan malam. Jawab saya: Saya tidak mahu.
Maka beliau pun menegur: Kenapa saya lihat anda tetap ada di sisi kubur?
Jawabku: Saya ucap salam kepada Nabi. Maka kata beliau: Jika anda baru masuk ke
masjid (Nabawi), maka baik untuk anda mengucap salam (untuk kali pertama itu
sahaja), kemudian beliau menyampaikan: Sesungguhnya Rasulullah sollalLaahu ‘alayhi
wa sallam telah bersabda: “Jangan kalian jadikan rumahku tempat
diulang-ulangi ziarahnya dan dijadikan perayaan dan jangan pula kalian jadikan
rumah-rumah kalian seperti kuburan (maka lakukanlah amalan solat sunat dan
bacaan al-Quran di rumah kamu – berdasarkan Riwayat sahih yang lain). Allah
melaknati kaum Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para Nabi mereka
sebagai masjid dan berselawatlah kalian ke atas ku kerana selawat kalian akan
sampai kepada ku, tidak kira di mana sahaja kamu berada” Maka kamu (yang
berada di sisi kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam) sama sahaja dengan
orang yang berada di Andalus (selawat dan salam kamu akan sampai kepada Nabi
sollalLaahu ‘alayhi wa sallam, maka tidak semestinya dengan berada di sisi
kubur baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam)
وقال سعيد: حدثنا
عبدالعزيز بن محمد أخبرني سهيل بن أبي سهيل قال: رآني الحسن ابن الحسن بن علي بن
أبي طالب عند القبر فناداني وهو في بيت فاطمة يتعشى فقال: هلم إلى العشاء فقلت: لا
أريده فقال: مالي رأيتك عند القبر فقلت: سلمت على النبي فقال: إذا دخلت المسجد
فسلم ثم قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (لا تتخذوا بيتي عيدا ولا
تتخذوا بيوتكم مقابر لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد وصلوا
علي فإن صلاتكم تبلغني حيثما كنتم) ما أنتم ومن بالأندلس إلا سواء.
Tentunya yang dimaksudkan oleh beliau ialah
maksud hadis berikut ini:
مَا مِنْ
(أَحَدٍ) رَجُلٍ يُسَلِّمُ
عَلَيَّ إلَّا
رَدَّ اللَّهُ
عَلَيَّ رُوحِي
حَتَّى أَرُدَّ
عَلَيْهِ السَّلَامَ رَوَاهُ
أَبُو داود
وَغَيْرُهُ
“Tiada seorang pun yang mengucapkan salam
ke atas ku kecuali Allah mengembalikan ruh ku kepada ku untuk aku menjawabnya”
[HR Abu Dawud – Hasan (Sahih al-Jaami‘: 5679)]
عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لله
ملائكة سياحين في الأرض يبلغوني عن أمتي السلام. رواه النسائي وأبو حاتم
في صحيحه، وروى نحوه عن أبي هريرة. فهذا فيه أن سلام البعيد تبلغه الملائكة.
‘Abdullah Ibn Mas‘ud berkata: Rasulullah sollalLaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
“Sesungguhnya ada malaikat-malaikat
Allah yang tertentu (tugasnya) bertebaran di bumi untuk menyampaikan ucapan
salam umat ku kepada ku”
[HR an-Nasaa-i dan Abu Hatim di dalam Sahihnya dan diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah yang semakna dengannya. Sahih al-Jaami‘: 2174]
Jika kita fikirkan dengan mendalam, setiap
kali kita solat, kita pasti mengucapkan salam kepada Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam dan kemudian berselawat untuk baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam dengan mengucapkan:
“Assalaamu ‘alayka aiyuhan Nabiy (dalam riwayat lain: Assalaamu ‘alan Nabiy) wa rahmatullaahi wa barakaatuh. Assalaamu ‘alaynaa wa ‘alaa ‘ibaadillaahis soliheen…” ketika membaca Tahiyat dan ketika itu juga, para malaikat Allah menjalankan tugas mereka menyampaikan kepada baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam dan Allah mengembalikan ruh baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam di Alam Barzakh, untuk menjawab ucapan salam kita kepada baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam.
Dengan penjelasan hadis-hadis tadi, usahlah
kita mengambil “tugas” malaikat, sebab seringkali ada sahaja orang yang meski
berniat baik, membebankan saudaranya yang pergi Umrah atau Haji dengan bebanan
berat “kerja malaikat” dititipkan “kirim salam” kepada Rasulullah bila saudaranya
itu tiba di Madinah. Diandaikan beberapa orang atau berpuluh-puluh yang
menitipkan kiriman salam, bagaimana beratnya atas saudaranya tu yang tunaikan
Umrah atau Haji ketika menziarahi kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam terpaksa membaca senarai misalnya: “Ya
Rasulullah, Ali kirm salam Kasim kirim salam, Abu kirim salam Ahmad janggut
kirim salam, Ahmad Panjang kirim salam (ada kawan/sedara nama sama “Ahmad”
gelaran yang membezakan), Montel (sepeupunya yang ia tidak tahu nama sebenar
tahu gelaran sahaja) kirim salam..” dan seterusnya menjadikan ia berdiri lama
dan mungkin tidak berkesempatan menyampaikan dan jika berada tepat di sisi
kubur, pasti telah disuruh segera beredar oleh para petugas yang memastikan
tiada yang menggosok-gosok jeriji emas hujrah atau bersujud ke arah hujrah.
Bertambah susah memberatkan bila ia terlupa misalnya dan terpaksa pergi
berulang untuk sampaikan salam. Semuanya ini, mencanggahi ajaran para Sahabat
dan ajaran Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam sendiri.
Justeru, jika ada sesiapa yang menitipkan amanah “kirim salam Nabi” kepada kita ketika akan berangkat Umrah atau Haji, maka kita sampaikanlah keterangan ini, agar kita sama-sama dapat pahalanya dan kita jelaskan kepadanya: “Tolong usah bebani saya dengan kerja malaikat. Allah telah menugaskan malaikat untuk sampaikan salam awak, dan sesiapa sahaja umat Nabi kepada Nabi. Tidak semestinya kita berada di sisi kubur Nabi untuk “sampaikan salam”. Jika anda seorang yang sentiasa solat, dalam solat anda secara tetap mengucapkan salam kepada Nabi maka tidak perlu dititipkan, usah berkirim salam melalui saya.” Semoga amalan yang tiada contohnya daripada para Sahabat, malah yang generasi awal telah fahamkan, iaitu cucu dan cicit Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam sendiri dalam riwayat-riwayat tadi (tiada bezanya ucapan salam anda di sisi kubur Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam dengan ucapan salam orang yang berada di Andalus – Spain), dihentikan.
Kesimpulannya, menurut as-Sunnah dan ajaran
para Sahabat serta yang mengikuti ajaran Nabi dan para Sahabat dengan
sebaik-baik ikutan, ketika seseorang berada di Madinah:
- Tujuannya
ke Madinah ialah memenuhi tuntutan Nabi datang untuk Ziarahi Masjid Nabawi dan
beribadah di dalamnya (Hadis: Tiada bersusah payah mnengadakan perjalanan
(untuk beribadah) ecuali ke 3 masjid).
- Kali pertama
ia memasuki masjid, sebagaimana contoh para Sahabat, selepas Solat Fardhu
atau Tahiyatul Masjid, sebagai Adab dan digalakkan, sedapat mungkin
(melainkan keadaan tidak mengizinkan untuk saat itu), ia menziartahi kubur
Nabi sollalLaahu ‘alayhi
wa sallam dan kedua
Sahabat tanpa berdiri lama, sama ada dengan menghadap kubur baginda atau
menjadikannya di sebelah kirinya, mengucapkan salam (sama sepertimana
ucapan salam buat ahli kubur dan tentunya lebih utama secara khusus bagi
baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam) dan berselawat ke atas
baginda (Salam dan Selawat seperti dalam Tahiyat dan itu semua merangkumi
mendoakan yang terbaik buat Nabi sollalLaahu ‘alayhi wa sallam) dan
kemudian kedua Sahabat.
- Ia tidak mengulangi Ziarah kubur Nabi kerana larangan Nabi sollalLaahu
‘alayhi wa sallam dan ajaran yang diajarkan para Sahabat berkenaan
kubur Nabi.
- Tiada Ziarah Wada‘ sebelum berangkat meninggalkan Kota Madinah, sebab
ia dikira mengulangi Ziarah Kubur Nabi yang terlarang.
- Tiada penyampaian “kirim salam” sebab itu tugas malaikat dan tiada
dalam ajaran para Sahabat dan cucu cicit baginda sendiri malah mereka
memahamkan di mana sahaja kitab oleh mengucapkan salam dan selawat untuk
baginda sollalLaahu ‘alayhi wa sallam.
آداب زيارة قبر النبي صلى
الله عليه وسلم والوقوف أمامه - إسلام ويب - مركز الفتوى
(islamweb.net)
Majmu Fatawa: Juzuk 26 halaman 146
Comments
Post a Comment