Alas kaki (kasut dsbgnya) di mana diletakkan ketika solat menurut Sunnah



بسم الله و الصلاة و السلام على رسول الله نبينا محمد بن عبد الله و على آله و صحابته و من والاه
أما بعد،
Mendirikan Solat dengan memakai alas kaki seperti kasut, sandal dan sebagainya diizinkan oleh Nabi ﷺ dengan sabda baginda ﷺ: 
إذا صلَّى أحدكم فليلبس نعليه، أو ليخلعهما بين رجليه، ولا يؤذي بهما غيره
Apabila seseorang antara kamu solat maka hendaklah ia memakai sandalnya atau ia menanggalkannya dan  meletakkannya di antara kedua kakinya dan usahlah ia menyakiti orang lain dengan keduanya.

 HR Abu Dawud, al-Bazzar (53), al-Hākim yg menghukumkannya Sahih dan adz-Dzahabi menyetujuinya 

Apabila baginda menanggalkan keduanya, baginda meletakkannya di sebelah kiri baginda.  
HR Abu Dawud, Ibn Khuzaimah, al-Hakim yg menghukumjannya sahih dan dipersetujui oleh dz-Dzahabi and Nawawi
Sila lihat: al-Irwa' (284)


Rasūlullāh ﷺ juga bersabda:
Jika seseorang antara kamu solat, tidak sepatutnya ia meletakkan kasut atau sandalnya di sebelah kanan atau kirinya yang dengan itu ia menyakiti orang lain yang semestinya dengan itu ia meletakkannya di sebelah kanan orang lain, kecuali jika tiada orang di sebelah kirinya. Akan tetapi hendaklah ia meletakkan alas kakinya di tengah- antara keduanya kakinya sendiri.   

[ HR Abu Dawud, an-Nasa-i, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (1/110/2), dengan Isnad Sahih]
Lihat bagaimana saf solat terputus atau menyempitkan dan menyakiti orang yang solat jika barangan peribadi seseorang diletakkan di hadapannya atau dibelakangnya seperti gambar di bawah ini

Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

01. Doa sewaktu keluar rumah untuk berangkat

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.