Tawaf Sunat - Sunnah Perbanyakkannya

Adapun jemaah yang berusaha mengikuti Sunnah Nabiﷺ , usaha perbanyakkan Tawaf Sunat, maka berikut pula panduannya, dilakukan pada bila-bila masa:

*Tatacara Tawaf Sunnat*
Dengan berpakaian biasa tanpa Ihram, tiada Miqat, tuju ke sisi Kaabah (atau bergantung keadaannya, Tawaf di aras 1 atau 2 atau Rooftop malah boleh menaiki "buggy" di tingkat 2½ berkenderaan sebagaimana Rasūlullāh ﷺ sendiri mengenderai Unta, demikian juga Ummu Salamah dan yang lainnya, dan dengan itu Tawaf berkenderaan, didorong kerusi beroda, dijulang atas "khasyab"  semuanya bukan bid'ah).

Dengan *Niat Tawaf Sunat* dalam hati, mulakan di Hajar Aswad.
Buat 7 pusingan sempurna, sama seperti Tawaf Umrah, cuma tiada ar-raml (lari² anak).

Selesai Tawaf, lakukan Solat Selepas Tawaf 2 rakaat.
Jika ingin ulangi Tawaf Sunnat lagi, lakukan sekali lagi sama seperti tadi. Bagi setiap 7 pusingan, Solat 2 Rakaat selepasnya.

Tiada waktu terlarang untuk Tawaf, cuma ada riwayat daripada Umar bin al-Khaṭṭāb melarang Tawaf selepas Solat Farḍu Subuh (disebutkan riwayatnya oleh Imam Ibnu Qudāmah - wafat 620H - dalam al-Mughnī)  dan dijelaskan kerana beliau khuatir, orang-orang melakukan Solat Selepas Tawaf pada waktu Terlarang Solat (selepas Solat Fardu Subuh hingga terbit matahari - Syuruq+15min -  di sisi al-Jumhur).

Elak Solat pada waktu haram solat; 
1. selepas Solat Fardu Subuh sehingga 
matahari naik sepenggalah (15 minit 
selepas Syurūq.
2. Ketika matahari tegak atas kepala 
sehingga masuk Zohor (12 minit sebelum Zohor) kecuali hari Jumaat.
3. Sewaktu matahari hampir terbenam 
sehingga masuk Maghrib (20 minit 
sebelum Maghrib) 
ثَلاثُ ساعاتٍ كان رَسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يَنهانا أن نُصَلِّيَ فيهنَّ، أو أن نَقبُرَ فيهنَّ مَوتانا: حينَ تَطلُعُ الشَّمسُ بازِغةً حتَّى تَرتَفِعَ، وحينَ يَقومُ قائِمُ الظَّهيرةِ حتَّى تَميلَ الشَّمسُ، وحينَ تَضَيَّفُ الشَّمسُ للغُروبِ حتَّى تَغرُبَ.
Tiga waktu ini Rasūlullāh ﷺ melarang kami daripada solat padanya atau mengebumikan jenazah iaitu: ketika matahari terbit sehingga ia jelas telah naik, ketika seseorang berdiri berada di atas bayang-bayangnya - tegak atas kepala) sehingga ia mula condong (masuk Zohor) dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam (masuk waktu Maghrib).
[HR Muslim no: 831]
Hadis Salmān al-Fārisī yang menyebutkan sabda Nabi ﷺ mengenai kelebihan orang yang mandi sebelum ke keluar untuk solat Jumaat, mengenakan wangian, tidak mencelah melangkah bahu antara 2 orang kemudian solat berterusan sehingga Imam naik mimbar menyampaikan khutbah dan diam mendengarkan khatib, diampuni sehingga Jumaat berikutnya. [Sahih al-Bukari: 883]

Selain Tawāf, perbanyakkan I‘tikāf dan 
Tilāwah. Allah telah berfirman:
 وَعَهِدۡنَاۤ إِلَىٰۤ إِبۡرَ ٰ⁠هِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِیلَ أَن طَهِّرَا بَیۡتِیَ لِلطَّاۤىِٕفِینَ وَٱلۡعَـٰكِفِینَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ }
Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
[Surah Al-Baqarah: 125]

Comments

Popular Posts

Panduan Perlaksanaan Umrah (tahap demi tahap - step-by-step)

Umrah Berulangkali ketika di Mekkah - Penjelasannya

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat; Abu Bakar & Umar

01. Doa sewaktu keluar rumah untuk berangkat

12. Persiapan Ke Kota Mekkah – Persiapan sebelum Niat dan Ihram

03. Doa Safar - Doa ketika berangkat bermusafir

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.