Posts

Showing posts from January, 2020

17. Ketibaan di Kota Mekkah

Ketika memasuki kota Mekkah lakukanlah yang berikut: i.    berehat agar dapat kembalikan kekuatan sebelum memulakan ibadah umrah. ii.   Sekiranya mampu, mandi untuk mengembalikan rasa segar tanpa menggunakan wangian seperti sabun. Begitu pula, tiada salahnya menanggalkan pakaian ihram untuk mandi atau untuk menyalinnya dengan pakaian ihram yang baru. Jika perlu makan, maka makanlah yang syarat untuk usaha menambahkan tenaga sewaktu ibadah.  [1] [1]   Mursyid al-Mu‘tamir wa al- Ha j wa az-Z a -ir: hlm.84; Fat h  al-B a ri: 3/436 dan Muslim: 2/919 - kerana Sunnahnya Rasulullah berehat dan tidur satu malam ketika tiba di Mekkah sebelum memulakan amalan Manasik Umrah dan pada paginya sekitar waktu Dhuha, barulah baginda mulai amalan 'Umrah, di Masjidil Haram, iaitu Tawaf dan seterusnya.

16. Dalam Perjalanan ke Mekkah

Perhatian :  Sewaktu di dalam perjalanan ke Mekkah, sebagai musafir, lakukanlah solat far d u secara jama‘ dan qa s ar bersama jamaah musafir yang lain, jika perlu. Namun, bagi mereka yang akan ke Masjidil Haram, adalah lebih utama mentakkhirkan (menangguhkan) solat sehingga sampai di Masjidil Haram (100,000 kali lebih utama daripada masjid lainnya, malah ada pendapat menyatakan keutamaan tersebut tidak terbatas pada Masjidil Haram bahkan keseluruhan Tanah Haram) selama tidak terlewat Solat daripada waktu pilihan, apatah lagi terlepas Solat pada waktunya, misalnya Solat Isyak selepas tengah malam. Kemungkinan juga dianjurkan supaya solat di bilik masing-masing setibanya di Mekkah memandangkan keadaan kesulitan dan kesempitan yang memberatkan para jemaah. 

15. (iv) Bersyarat ketika Niat dan Ihram untuk Umrah/Haji

Bersyarat bagi yang khuatir sakit/terhalang Perkara ini digalakkan untuk dilakukan oleh orang yang sakit ketika akan berihram atau yang diselubungi kekhuatiran tidak dapat menyempurnakan umrah/hajinya. Nabi  s ollalL a hu 'alayhi wa sallam  mengajarkan agar ia mengucapkan sejurus selepas berniat ihram: < فـَإِنْ حَـبَسَـنِي حَـابِـسٌ فَمَحِـلِّي حَـيْثُ حَـبَـسْـتَـنِي > Ertinya: jika aku dihalangi oleh suatu halangan (sehingga tidak mampu menyempurnakan umrah/haji yang telah aku niatkan ini) maka tempat aku bertahallul (halal daripada segala pantang larang ihram) adalah di mana sahaja Kau jadikan aku terhalang (menyempurnakan ibadah ini) [1] Biasanya mereka yang berpegang pada kefahaman bahawa “Wanita haid tidak boleh jatuhkan niat” mengajarkan syarat ini kepada wanita yang bersih ketika ihram tetapi khuatir akan mengalami haid sebelum sempat melakukan Tawaf atau Umrahnya. [1] Riwayat al-Bukh a riy dan Muslim

15. (iii) Niat bagi Wanita yang kedatangan uzur (Haid)nya atau khuatir akan uzur.

Wanita yang berada di dalam keadaan hai d /nifas wajib menjatuhkan niat menurut ajaran yang tepat menurut as-Sunnah, berbeza dengan yang disimpulkan oleh sebahagian orang yang mungkin tidak mengetahui apa yang telah dijelaskan di dalam as-Sunnah dan ajaran para Imam antaranya Imam  asy-Sy a fi‘ie rahimahullaah. Berikut ini penjelasannya: Pertama : Tiada kaitan di antara keadaan hai d /nifas dengan hukum menjatuhkan niat. Bermakna, wanita hai d dan nifas tetap menjatuhkan niat sepertimana jemaah lainnya sebaik ia tiba di miqat. Ini berdasarkan perintah baginda  s ollalL a hu 'alayhi wa sallam   yang bermaksud umum: (maksudnya) “Miqat-miqat tersebut adalah untuk ahli-ahlinya (para penduduk kota-kota tersebut) dan bagi setiap yang mendatanginya/melaluinya (miqat-miqat tersebut) daripada mereka yang bukan daripada ahlinya (para penduduk kota-kota tersebut), bagi setiap yang bermaksud melaksanakan umrah dan haji ” [1] Nabi  s ollalL a hu 'alayhi wa sallam   tidak

Sunnah untuk Menziarahi Masjidil Aqsa; Sanggahan terhadap Larangan Menziarahi al-Aqsa serta Panduan ketika Menziarahinya.

Adapun bagi yang menziarahi Masjid al-Aqsa, BaitulMaqdis, maka sayugianya ia beringat bahawa tujuannya ke BaitulMaqdis adalah untuk menunaikan solat di MasjidilAqsa sebagaimana yang telah Rasulullah sollallaahu 'alayhi wa sallam pesan, agar menziarahi 3 Masjid Utama di atas muka bumi untuk tujuan beribadah.  Rasulullah sollallaahu 'alayhi wa sallam  telah bersabda: لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ و المسجد الأقصى “Tiada bersusah payah mengadakan perjalanan bermusafir kecuali ke 3 Masjid; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.”   [1] Kata  al- Ha fi z Ibn H ajar al-‘Asqal a niy rahimahullaah: al-Bazz a r dan at-Tabar a niy telah meriwayatkan hadis daripada Abi ad-Dard a ’ yang beliau nyatakan secara marfu‘:  الصَلَاة فِي المسجد الحرام بمائة ألف صلاة ، و الصلاة في مَسْجِدِي هَذَا بأَلْفِ صَلَاةٍ و الصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة “Solat di Masjidil Haram (ganjarannya)

15. (ii) Niat Umrah/Haji Badal

Umrah/haji mewakili yang lain (badal)  (sila rujuk:  Badal haji badal umrah (perwakilan) ) Syaratnya: Pertama : orang yang melakukan “badal” ini mestilah orang yang telah yakni pernah melaksanakan ibadah umrah/haji untuk dirinya sendiri. Kedua :  Hanya 1 orang sahaja yang boleh diwakilinya Ketiga :  Ia menjatuhkan niat berikut:   لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ عُمْرَةً عَنْ .......      maksudnya:  “Aku menyahut seruan Mu Ya Allah, dengan melakukan ibadah umrah mewakili…(sebutkan nama orang yang diwakilinya itu).” Keempat :  Segala pantang larang dan kewajipan ditanggung olehnya bukan ke atas pihak yang diwakilinya. Yang demikian berasaskan kepada hadis Ibn ‘Abb a s radhiyallaahu 'anhuma: Bahawasanya Rasulullah sollallaah 'alayhi wa sallam telah mendengar seorang lelaki mengucapkan: “Labbaika ‘an Syubrumah (aku sahut seruanMu untuk/bagi pihak Syubrumah)”, maka baginda bertanya kepadanya: “ Siapa Syubrumah? ” Jawab lelaki itu: “Saudara saya – atau  kerabat s