15. (ii) Niat Umrah/Haji Badal
Pertama: orang yang melakukan “badal” ini mestilah orang yang telah yakni pernah melaksanakan ibadah umrah/haji untuk dirinya sendiri.
Kedua: Hanya 1 orang sahaja yang boleh diwakilinya
Ketiga: Ia menjatuhkan niat berikut:
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ عُمْرَةً عَنْ .......
maksudnya: “Aku menyahut seruan Mu Ya Allah, dengan melakukan ibadah umrah mewakili…(sebutkan nama orang yang diwakilinya itu).”
Keempat: Segala pantang larang dan kewajipan ditanggung olehnya bukan ke atas pihak yang diwakilinya.
Yang demikian berasaskan kepada hadis Ibn ‘Abbas radhiyallaahu 'anhuma: Bahawasanya Rasulullah sollallaah 'alayhi wa sallam telah mendengar seorang lelaki mengucapkan: “Labbaika ‘an Syubrumah (aku sahut seruanMu untuk/bagi pihak Syubrumah)”, maka baginda bertanya kepadanya: “Siapa Syubrumah?” Jawab lelaki itu: “Saudara saya – atau kerabat saya” Tanya Nabi sollallaah 'alayhi wa sallam lagi: “Pernahkah anda tunaikan haji buat diri mu sendiri?” Jawabnya: “Tidak (pernah). Sabda baginda: “Buat haji untuk diri mu sendiri dahulu, kemudian (baru boleh anda buat) untuk Syubrumah (pada musim/tahun haji yang lain)” [1]
[1]Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah. al-Albaniy menghukumkannya Sahih. – Sahih Abie Dawud: 1/34 dan al-Irwa’: 4/171.
Comments
Post a Comment